Tohmahan Terbaru Mahathir Ibarat Meludah Ke Langit

KUALA LUMPUR – Ibarat meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri!
Itu ungkapan paling sesuai tentang tohmahan terbaru Tun Dr. Mahathir Mohamad keatas kerajaan Barisan Nasional (BN) semalam.

Mahathir mendakwa kononnya rakyat Malaysia kini hidup dalam ketakutan seperti di zaman penjajahan Jepun.

“Pegawai dan kakitangan kerajaan takut mengatakan yang benar kerana takut jika tidak disukai oleh Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak).

“Mereka takut mereka didera oleh Najib. Mereka takut dibuang kerja. Mereka takut diturun pangkat atau ditukar ke jawatan lain.

“Peniaga kecil dan besar takut sesuatu dilakukan kepada mereka jika mereka dilihat terlalu dekat dengan parti lawan atau pemimpin parti lawan,” dakwa Mahathir.

Ironinya, zaman pentadbiran Najib disifatkan ramai pemerhati politik sebagai zaman yang cukup terbuka dan memberi kebebasan untuk rakyat bersuara.

Malah, pemimpin dan penyokong pembangkang kini bebas mengkritik kerajaan BN sama ada melalui platform media sosial mahupun di pentas terbuka.

Pihak media juga diberi kebebasan untuk mengkritik kerajaan asalkan ia bukan bersifat fitnah dan tuduhan yang tidak berasas.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man baru-baru ini membandingkan kebebasan bersuara di zaman pemerintahan Mahathir sangat teruk berbanding sekarang.

Kata beliau, era pentadbiran Mahathir menyaksikan ramai pemimpin yang ditahan dalam Ops Lalang dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beberapa blog pernah menyiarkan antara kezaliman Mahathir sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri seperti berikut:

– Menyalahgunakan akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi menyekat kritikan keatasnya.

– Menyekat kebebasan badan penguatkuasa termasuk BPR, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya PIlihan Raya.

– Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman.

– Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni.

– Menyeleweng dana-dana awam untuk membantu kroni.

– Mengagihkan tender secara runding terus kepada kroni.

– Menghina dan menyekat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana