Tiong Lai nafi mahu bertanding DUN Sekinchan...

Dakwaan (Datuk Jamal Md Yunos) adalah mengarut. Saya rasa ini satu perkara yang tidak mungkin berlaku kerana saya sebagai Presiden MCA, kita memang fokus dalam pembangunan negara kita,"

Itu penegasan yang dilontarkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai apabila didakwa akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Menteri Pengangkutan itu turut menyifatkan dakwaan itu sebagai mengarut dan tidak akan berlaku.

"Saya selaku Pengerusi MCA Selangor, saya bertanggungjawab untuk memastikan bahawa persiapan menghadapi pilihan raya umum dilakukan dengan baik,” katanya dalam sidang media di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu di dalam satu sidang media bahawa Presiden MCA itu dijangka bertanding di DUN Sekinchan.

DUN Sekinchan dimenangi DAP melalui wakil rakyat, Ng Suee Lim selama tiga penggal lalu sejak PRU 2004.

Selain itu, Tiong Lai bagaimanapun menegaskan MCA sudah bersiap sedia untuk membantu kemenangan semula BN di Selangor.

“Saya yakin beliau (Jamal) cuba memastikan bahawa MCA dalam keadaan yang sentiasa bersiap sedia dan kita akan pastikan MCA Selangor berada dalam keadaan itu (bersiap sedia) PRU14. Jadi, tidak timbul persoalan sama ada MCA akan bertanding atau tidak (di kerusi DUN Sekinchan)," katanya.

Ditanya sama ada wujud peluang MCA dan BN untuk merampas kerusi Sekinchan, Tiong Lai optimis bahawa parti itu akan dapat memenangi hati pengundi di kawasan tersebut.

“Ya kami (MCA) sangat fokus. Banyak persiapan perlu dibuat dan kami sangat bangga dan bersyukur kerana ramai ahli MCA di sana. Kira-kira 30 peratus daripada pengundi di sana adalah ahli MCA.

“Jadi, kami sebenarnya sedang berusaha untuk menarik semula sokongan pengundi kepada parti. Kami akan terus mentransformasikan parti untuk jadi parti yang lebih kuat," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana