Tidak akan ada kerjasama dengan PAS - Azmin

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali masih tetap dengan pendirian bahawa tiada sebarang kerjasama dengan PAS menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Saya telah lama bertolak ansur dengan mereka, dan saya telah cuba bersabar seboleh mungkin," katanya dalam satu temubual eksklusif dengan Nanyang Siang Pau.

Azmin juga menafikan berunding dengan PAS untuk pembahagian kerusi pilihan raya di Selangor atau membuat perjanjian sulit dengan parti itu.

Timbalan presiden PKR itu juga berkata, beliau hanya membenarkan PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor sehingga mandat yang diperoleh pada 2013 tamat.

Sehubungan itu katanya, ekoran tiada kerjasama dengan PAS pada PRU akan datang, Pakatan Harapan (PH) bersedia berdepan dengan pertandingan tiga penjuru atau lebih.

“Susulan perkembangan ini, kami jangkakan lebih banyak tiga penjuru (di Selangor) dan kami sedia untuk itu. Berdasarkan rekod dan dasar-dasar yang memberi manfaat kepada rakyat, kita akan dapat terus berkuasa di Selangor,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya, beliau bertolak ansur dengan PAS sehingga kini ekoran pemimpin parti itu menyokong semua dasar-dasar kerajaan dan bersikap adil kepada rakyat Selangor.

“Saya bertolak ansur dengan PAS bukan kerana saya suka Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi kerana mereka tidak menyimpang daripada dasar-dasar (kerajaan negeri), yang melayan rakyat secara adil,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana