Skandal tanah Ijok: Konflik kepentingan PKR didedahkan

Wujud konflik berkepentingan dalam isu pampasan kepada peneroka tanah di Ijok, kata Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Eric See-To Choong.

Menurutnya keputusan Kerajaan Selangor melantik firma guaman Daim & Gamany yang mempunyai kaitan dengan seorang pemimpin PKR sebagai wakil kepada peneroka, menimbulkan pelbagai persoalan yang masih gagal dijawab sehingga sekarang.

"Ia menggambarkan firma guaman yang mengambil alih kes ini seperti sudah disusun atur. Ahli PKR yang ada kaitan dengan firma ini ialah R Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang.

"Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) adalah ahli PKR. Menteri Besar juga Timbalan Presiden kepada parti yang diwakili Sivarasa iaitu PKR.

"Bagaimana situasi ini boleh berlaku? Sepatutnya Sivarasa menarik diri daripada mewakili peneroka kerana adalah jelas akan berlakunya konflik berkepentingan apabila menguruskan kes ini," katanya.

Choong turut membangkitkan persoalan sama ada firma guaman yang dilantik itu ada memaklumkan kepada semua peneroka bahawa tanah mereka akan dijual kepada dua syarikat pemaju terbabit dengan harga RM1.18 bilion, yang mana golongan berkenaan hanya mendapat RM300 juta, manakala bakinya adalah milik pemaju terbabit.

"Adakah peneroka tahu syarikat yang gagal majukan tanah ini sejak 18 bulan lalu mendapat RM880 juta? Adakah juga peneroka tahu pihak pemaju bercadang membangunkan projek dengan nilai pembangunan kasar bernilai RM15 bilion di tanah ini.

"Kita yakin golongan peneroka yang kebanyakannya sudah tua dan kurang berpengetahuan mengenai isu jual beli tanah ini tidak dimaklumkan secara jelas mengenai perkara dibangkitkan ini," katanya.

Sementara itu, BN Selangor mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menyerahkan tanah di mukim Ijok yang sebelum ini dirampas daripada 2 pemaju perumahan yang dilabel “kroni BN”.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar, berkata tindakan dan dakwaan kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu dilihat tidak munasabah, selain cuba memutar belit isu tersebut dengan menyalahkan BN.

“Saya tidak faham dengan tindakan kerajaan negeri ini, mengapa tanah yang dirampas kerajaan Selangor pada 2009, dipulangkan semula kepada 2 syarikat berkenaan, sedangkan mereka mendakwa syarikat itu kroni BN.

“Kalau syarikat itu kroni BN seperti didakwa, mengapa menyerahkan tanah itu semula kepada dua syarikat berkenaan sebelum tanah tersebut dijual pula kepada pihak ketiga? Kenapa dibantu kroni BN ini?” katanya.

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu mengulas kenyataan Pejabat Menteri Besar Selangor semalam yang mendakwa 2 syarikat pemaju terbabit dalam isu tanah di kawasan itu, iaitu Mujur Zaman Sdn Bhd dan LBCN Development Sdn Bhd sebagai kroni BN.

Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata, isu pemulangan tanah itu turut menimbulkan pelbagai persoalan lain, termasuk nilai pampasan tanah yang dibayar kepada penduduk di kawasan berkenaan.

“Mengikut harga pasaran terkini, dianggarkan tanah tersebut bernilai RM500,000 untuk 1 ekar, tetapi apa yang saya maklum, mereka hanya menerima pampasan tunai berjumlah RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000.

“Sekiranya tanah itu boleh dijual kepada pihak ketiga mengikut harga pasaran terkini berjumlah RM1.18 bilion, mengapa pampasan yang diterima penduduk masih mengikut harga lama pada 2000,” katanya.

Azmin sebelum ini dilapor mengumumkan pembayaran pampasan kepada semua 980 peneroka berbentuk pampasan tunai RM180,000 seorang dan sebuah rumah bernilai RM250,000 melibatkan nilai keseluruhan RM421.4 juta.

Susulan itu, pelbagai pihak tampil menuntut penjelasan, termasuk Ketua Penerangan BN Selangor, Datuk Dr Mohamed Satim Diman yang mempertikaikan jumlah pampasan diberikan kerajaan negeri.

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut mempersoalkan kewajaran Azmin menyerahkan tanah kepada 2 syarikat tersebut pada 2016, tanpa menunggu kes berkenaan dibicarakan di Mahkamah Persekutuan.

Ini memandangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan pada 2013 dan 2014 memihak kepada kerajaan negeri dalam kes mengambil alih semula tanah daripada 2 syarikat berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana