SKANDAL TANAH IJOK: AZMIN TIRU APA YANG MAT HASSAN BUAT DULU

APA yang berlaku kepada peneroka yang tanah mereka diambil pemaju swasta di Ijok sekarang sebetulnya hampir sama dengan apa yang pernah berlaku dalam hal tanah peneroka di Felda Sendayan, Negeri Sembilan lebih 10 tahun lepas.

Ceritanya hampir sama.  Pemaju beli tanah, janji nak bayar sekian-sekian tapi gagal kerana kemelesetan ekonomi 1997 yang disebabkan oleh skandal Forex 1989-1992.  Diakhirnya kerajaan negeri terpaksa masuk campur untuk selesaikan.

Jalan penyelesaian (pampasan) pun sama seperti di Ijok hari ini dimana peneroka terbabit diberi wang tunai dan sebuah rumah mengikut harga semasa tanah mereka yang diambil – bukti Azmin hanya tiru Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan lakukan dengan tanah Sendayan dulu.

Lagi tak boleh nak banding sebab berbeza dengan peneroka Sendayan yang ketika itu dibayar pampasan mengikut harga semasa tanah mereka, peneroka di Ijok pulak dibayar harga sama dengan perjanjian pertama dibuat tahun 2000 dulu – hampir 20 tahun.

Sedangkan dalam masa yang sama, pentadbiran Azmin jual tanah untuk tujuan perumahan rakyat di Selangor mengikut harga pasaran semasa. tapi ambik tanah peneroka pulak bayar ikut harga hampir 20 tahun lepas.  Tanah juga tapi yang bab komersil jual ikut harga semasa, yang bab peneroka, jual ikut harga 20 tahun lampau.

Masuk akal?

Nampak tak dimana keutamaan kerajaan Pakatan kepada rakyat?  Boleh pulak dalam hal bayar pampasan kepada peneroka, jual ikut harga 20 tahun lepas sementara syarikat pemaju yang menyaman kerajaan negeri, buat untung lebih sekali ganda dari apa yang dibayar kepada peneroka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana