Sivarasa berdepan konflik kepentingan dalam isu penjualan tanah Ijok

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa berdepan dengan konflik kepentingan apabila dikatakan bertindak mewakili peneroka-peneroka tanah di Ijok menerusi firma guamannya, Daim & Gamany sedangkan pada masa sama, beliau juga merupakan wakil rakyat kerajaan PKR Selangor.

Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC), Datuk Eric See -To yang dipetik akhbar Utusan berkata, firma yang dimiliki Sivarasa itu juga seperti terikat dengan kerajaan PKR Selangor.

"Dokumen-dokumen yang telah dilihat oleh saya dan beberapa lagi termasuk Sivarasa sendiri menunjukkan kaitan Sivarasa dilantik menjadi peguam bagi mewakili kepentingan peneroka-peneroka di Ijok dan perkara itu boleh menyebabkan berlaku konflik kepentingan. Sivarasa merupakan ahli PKR dan Ahli Parlimen di Selangor.

"Kerajaan negeri Selangor memberi kebenaran kepada peneroka-peneroka untuk memajukan tanah di Ijok sebaliknya berlaku skandal di situ iaitu di antara syarikat pemaju dengan kerajaan negeri," katanya.

Pada 15 Februari lalu, bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam menyelesaikan isu skandal tanah di mukim Ijok.

Abdul Khalid mahu pihak berkuasa menyiasat tindakan kerajaan PKR Selangor berhubung isu terbabit kerana wujud pelbagai persoalan dalam proses penyelesaian skandal berkenaan, malah antara beliau dan peguam caranya tidak pernah dijemput hadir mengikuti sesi perbincangan walaupun mereka merupakan antara pihak dalam kes berkenaan.

Tambah Eric, Sivarasa mungkin boleh menarik diri daripada menjadi peguam kepada para peneroka terbabit berikutan konflik kepentingan itu.

Malah katanyam timbul beberapa persoalan yang perlu dimaklumkan kepada para peneroka oleh firma guaman berkenaan.

Beliau mempersoalkan sama ada firma guaman itu telah memaklumkan kepada semua peneroka bahawa tanah mereka akan dijual dengan harga RM1.18 bilion.

"Selain itu, adakah dua buah syarikat yang menggagalkan usaha peneroka-peneroka untuk mendapat hak mereka selama 18 tahun itu akan menerima RM880 juta sedangkan para peneroka menerima hanya RM300 juta?

"Adakah firma itu telah memaklumkan kepada peneroka-peneroka bahawa pembeli tanah di Ijok merancang untuk membangunkan tanah yang pernah dimiliki oleh peneroka-peneroka itu dengan nilai pembangunan kasar RM15 bilion?" soalnya lagi.

Eric berkata, maklumat-maklumat seperti itu amat membantu para peneroka yang kini sudah berusia dan tidak berpendidikan tinggi selain membantu mereka mempertimbangkan sama ada akan mengambil tawaran yang diberikan kerajaan PKR Selangor atau sebaliknya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana