Saman RoS lambatkan pendaftaran satu logo PH...Itu Cara Politik PH Main Wayang Lepas Tu Salahkan Kerajaan

SHAH ALAM: Tindakan Pakatan Harapan (PH) memfailkan saman terhadap Pendaftar Pertubuhan (RoS) hanya akan melambatkan proses pendaftaran gagasan itu dibawah satu logo.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata PH tidak boleh 100 peratus meletakkan salah dibahu RoS sebaliknya insaf parti komponennya PPBM dan DAP yang melambat-lambatkan proses pendaftaran gagasan itu.

Untuk rekod, PPBM melanggar tiga perlembagaan partinya sendiri manakala DAP pula enggan mengadakan kembali pemilihan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) lantaran pemilihan terdahulu tidak sah.

Selepas diberi amaran oleh RoS, PPBM dan DAP terpaksa akur dan menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka, bagi membolehkan PH didaftarkan dibawah satu logo.   

"Nampak sekarang PH berada dalam keadaan tertekan dan akan buat apa sahaja untuk pastikan PH didaftarkan.

"Tapi sekarang jadi masalah sebab mereka cari pasal dengan RoS dan ia akan bertambah lambat. Sebab RoS kena lihat semua (aduan) dulu baru dia bagi (kelulusan)," kata Salawati ketika dihubungi Antarapos.

Salawati yang juga Timbalan Penasihat Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata PH perlu rasional dan berlaku adil kepada RoS yang terpaksa meneliti lebih 400 aduan membabitkan PPBM, sebelum memproses permohonan PH.

"Aduan pun banyak, bagi saya lebih 400 aduan tu banyak. Jadi RoS kena tengok satu per satu, adakah dia bertindih, berlainan jadi semua tu kena ambil kira. Sebab kita nak tubuhkan persatuan mesti tiada tentangan

"Patutnya Pakatan Harapan (PH) kena selesaikan dan apa yang RoS kehendaki, tapi bila mereka tak buat memang RoS tak boleh nak daftarkan PH. Sebab RoS (dah) jelaskan kena ikut semua perlembagaan mereka," katanya lagi.

Tambah beliau, RoS tidak boleh dengan mudah melepaskan pendaftaran PH begitu sahaja memandangkan banyak aduan dibuat membabitkan gabungan empat parti itu.

Salawati percaya RoS bukan sengaja melengahkan pendaftaran ini dan tidak mempunyai kaitan dengan kepentingan politik parti tertentu.

Kelmarin, PH menyaman RoS susulan masih belum memberi sebarang maklum balas berhubung status pendaftaran gabungan parti pembangkang itu sehingga kini.

PH berkata, tindakan RoS yang tidak memberi maklum balas berhubung permohonan gabungan itu untuk didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berdaftar adalah bersifat “mala fide” atau berniat jahat. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana