SALAHUDDIN AYUB SEPERTI MELUDAH KE LANGIT

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara(AMANAH), Salahuddin Ayub hari ini membidas Menteri Besar Johor, Dato' Mohamed Khaled Nordin.

Beliau seperti tidak senang apabila melihat Menteri Besar Johor mengimpikan rakyat pada hari ini mengubah mentaliti dan menjadi bangsa yang berusaha untuk sama-sama memajukan negara.

Tindakan Salahuddin yang memutar belitkan kenyataan tersebut jelas menggambarkan tahap pemikiran beliau sebagai cetek dan terkebelakang.

Jika beliau antara calon dicanang sebagai Menteri Besar Pakatan Harapan Johor, pastinya Johor akan kembali mundur dan tidak mampu berdaya saing.

Apa masalahnya sebagai seorang pemimpin Menteri Besar Johor, beliau mahukan yang terbaik buat rakyat dan negara ini secara amnya?

Jika dilihat sebelum ini, pada tahun 2014 bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik orang Melayu sebagai pemalas, serta mengakui malu dengan kaum Cina yang disifatkannya lebih maju ke hadapan.

Jika dilihat memang benar kenyataan Tun Mahathir bahawa orang Melayu memang pemalas dan tidak mahu berusaha.

Sebagai contoh, Mat Sabu, Salahuddin Ayub dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang bukan wakil rakyat langsung tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Mereka hanya pandai berceramah, menabur fitnah dan meminta derma daripada rakyat semata-mata mahu menampung kehidupan mereka.

Ini contoh yang paling nyata antara orang Melayu yang pemalas dan hanya menyusahkan orang lain bagi kepentingan peribadi semata-mata. Dan langsung tidak menyumbang kepada pembangunan negara.

Kedua, apabila menyentuh soal mentaliti rakyat itu sendiri. Kami juga bersetuju dengan teguran Tun Mahathir suatu ketika dahulu dalam soal 'Melayu Mudah Lupa'.

Salahuddin Ayub dan pemimpin pembangkang hari ini sudah lupa bahawa perjuangan dan matlamat mereka mahu mereformasikan keseluruhan pentadbiran kerajaan hari ini.

Tetapi apa yang telah terjadi pada hari?

Mereka bersama individu yang pernah mereka perangi suatu ketika dahulu. Berapa banyak pembongkaran rasuah, salah laku dan salah guna kuasa yang digunakan sebagai modal politik bagi menentang Tun Mahathir. Adakah mereka lupa?

Dan jika mereka masih belum lupa, adakah Tun Mahathir bakal dibawa ke muka pengadilan seperti yang mereka canangkan dahulu?

Sebagai orang yang mengidamkan jawatan Menteri Besar Johor, Salahuddin perlu sedar bahawa tugas beliau bukan sekadar menabur fitnah bagi mengambil alih Johor, tetapi perlu membentangkan pelan yang jauh lebih baik daripada pentadbiran sedia ada sekarang.

Dan yang paling penting Salahuddin Ayub juga tidak layak bercakap soal intergriti kerana beliau dan seluruh organisasi Pakatan Harapan ibarat sedang meludah ke langit.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana