RAKYAT TAKUTKAN DIA LEBIH DARI FIRAUN…

Mungkin sudah terlalu terdesak mahu menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, seorang warga emas yang terlalu senja usianya terpaksa berhempas pulas memerah otaknya untuk mencetus andaian yang memburukkan musuhnya, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.
Terbaru, entah dari mana dia dapat idea, dia cuba menghasut pemikiran orang ramai kononnya rakyat di Malaysia kini hidup dalam ketakutan yang amat sangat, melebihi rasa takut hidup di zaman Jepun. Semuanya konon gara-gara Najib?

Dia membuat andaian sendiri kononnya pegawai dan kakitangan kerajaan kini takut untuk berkata benar kerana takut kepada Najib. Konon kalau berkata benar, mereka akan didera, diambil tindakan disiplin, dipecat dan sebagainya.

Warga emas itu mendakwa kononnya peniaga kecil dan besar takut untuk bersama pembangkang kerana mereka takut pinjaman yang dipohon akn ditolak, tidak dapat projek kerajaan, diganggu LHDN, SPRM, kastam dan sebagainya.

Malah dia mendakwa masyarakat dan media pun takut untuk bersuara sesuatu yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka pada kerajaan. Kononnya orang ramai takut diambil tindakan, manakala media pula takut lesen mereka tidak diperbaharui. Lucunya, tulisan warga emas itu disiarkan media berlesen!

Penulis kurang pasti sama ada warga emas ini sudah hilang akal atau tidak tahu berfikir. Pada usia yang terlalu lanjut, pelbagai faktor akan menyebabkan daya pemikirannya merosot, lupa dan suka meroyan suatu yang langsung tidak logik dek akal.

Apakah dia tidak tahu terdapat ramai pegawai dan kakitangan kerajaan yang tidak menyokong BN? Tahukah dia bahawa ramai pegawai dan kakitangan awam yang mengkritik kerajaan secara terbuka dan tiada sebarang tindakan diambil terhadap mereka?

Namun begitu, selaku pegawai dan kakitangan awam, mereka harus sedar bahawa mereka terikat dengan sumpah, ikrar, etika-etika penjawat awam, peraturan pekeliling dan sebagainya. Jika melanggarnya, maka sudah tentulah tindakan diambil, bukan?

Sebaliknya, di zaman warga emas itu berkuasa dulu, jangankan hendak bersuara, silap-silap siapa yang pakai lebai pun akan dituduh sebagai orang PAS dan akan diambil tindakan. Ramai yang jadi mangsa dulu. Jika ‘disejuk beku’ atau ditukar ke pedalaman, ‘hukuman’ itu lebih melegakan daripada dibuang kerja.

Berbanding di zaman Najib, cuba lihat betapa lantangnya pegawai dan kakitangan awam menghentam kerajaan. Pelanggaran peraturan dan etika berlaku berleluasa. Berapa banyak dokumen rasmi kerajaan yang tersebar di media sosial? Langsung mereka tidak takut pun…

Sejak bila pula peniaga takut bersama pembangkang di zaman Najib? Cuba periksa sendiri berapa ramai peniaga yang bersama pembangkang di zaman ini dan diberi kontrak kerajaan. Malah ramai penyokong pembangkang yang dapat pinjaman daripada agensi kerajaan dan bank-bank tempatan.

Orang ramai takut menentang Najib? Warga emas ini ‘buta’ atau ‘tuli? Cuba buka media sosial dan lihat sendiri. Bukan setakat menentang kerajaan, sampai fitnah kerajaan pun ramai. Padahal bila BR1M diagih, mereka berbaris di barisan depan sekali!

Pelik sungguh warga emas itu. Malaysiakini itu berlesen atau tidak? Sudah bertahun-tahun mereka beroperasi. Apakah mereka hanya dapat lesen pada tahun pertama sahaja dan tahun kedua hingga kini portal pro-Pakatan Harapan itu beroperasi tanpa lesen?

Pada pandangan penulis yang hidup di zaman warga emas itu memerintah, berdasarkan tulisan yang dia buat itu, ianya jelas mengimbau kembali apa yang berlaku di zaman dia berkuasa. Semua yang dia sebut itu berlaku di zaman dia sebenarnya…

Apakah sebab dia digelar ‘kuku besi’ dulu? Kenapa dia dilabel sebagai ‘maha-firaun’? Dan apakah puncanya dia dimomok dengan gelaran ‘maha-zalim’? Dia lupa bagaimana dia memerintah dulu? Dia lupa bagaimana seluruh negara takut padanya dulu?

Menteri-menteri di zaman dia berkuasa dulu cukup takut padanya. Diampunya habis-habisan. Siapa melawan, maka nasibnya akan jadi macam Ku Li, Anwar Ibrahim dan ramai lagi. Pemimpin pembangkang tak payah sebutlah. Ramai yang kena humban ke penjara…

Jika menteri pun takut padanya, apatah lagi pegawai dan kakitangan awam ketika itu. Berapa ramai peniaga yang bankrap muflis di zaman dia berkuasa dulu. Yang kaya hanya kroni-kroninya sahaja. Berapa kali anaknya masuk senarai individu terkaya?

Bukan saja takut, rakyat sudah tentu tertekan di zaman itu. Mereka tidak ada pilihan selain ‘menjilat’ dia. Dia bila tol pun kena sokong. Dia buat projek apa pun kena sokong. Projek Bakun, Perwaja, ‘bail out’ apa pun kena sokong. Siapa berani bantah?

Berkenaan media, cuba kaji sejarah Harakah. Dulu tidak ada Malaysiakini. Jika ada, jangan haraplah boleh ‘bernafas’. Mungkin paling lama pun seminggu saja di internet, lepas itu ‘sayonara’lah dia kerjakan. Berapa ramai editor kena ‘warning’ dulu?

Di zaman dia dulu, jangan haraplah Bersih boleh hidup. Demostrasi jalanan? Jangan haraplah boleh berlaku. Tapi di zaman Najib, rakyat lebih bebas dan hidup tanpa ketakutan untuk bersuara. Selagi tidak langgar undang-undang, maka buatlah apa pun.

Jadi, usahlah warga emas cuba putar belit pemikiran rakyat Malaysia. Rakyat bukan bodoh untuk diperbodoh-bodohkan macam di zaman dia berkuasa dulu. Hakikatnya rakyat Malaysia lebih takut dia kembali memerintah. Harap sedar diri…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana