PRU14: Terima kenyataan jika tak jadi calon

Senarai calon UMNO yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah seimbang serta membabitkan golongan muda dan berpengalaman,

Mengulas perkara itu, Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata ia sudah diserahkan kepada Presiden dan Timbalan Presiden parti untuk diputuskan.

“Saya berkeyakinan senarai calon muka baharu dan lama adalah seimbang dan kita pastikan yang terpilih adalah calon yang disukai rakyat dan bukannya yang disukai parti atau individu tertentu.

Beliau yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata demikian selepas menghadiri program Jualan Ikan Separuh Harga di Presint 9, Putrajaya hari ini.

Sementara itu, ditanya berkenaan calon muka lama yang pernah tewas dan berhasrat bertanding semula, Tengku Adnan berkata mereka perlu mengemukakan alasan kekalahan lalu serta formula untuk menang pada kali ini.

“Mereka boleh mempromosi diri sendiri, tetapi perlu bersedia sekiranya tidak terpilih, terima kenyataan,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana