PERTUMBUHAN EKONOMI MALAYSIA ANTARA TERTINGGI DI DUNIA – PM

Datuk Seri Najib Razak berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia pada kadar 5.9 peratus tahun lalu antara yang tertinggi di dunia.

Perdana Menteri berkata, pencapaian itu hasil kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan kerajaan.

Beliau berkata, pertumbuhan ekonomi negara yang baik membolehkan kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan lagi taraf hidup rakyat.

“Apabila asas pendapatan kita kukuh, bukan sahaja golongan B40, malah M40 juga mendapat tempias dan kita sudah mengumumkan pada pembentangan Bajet 2018, cukai pendapatan mereka dikurangkan sebanyak dua peratus.

“Dalam bidang pendidikan pula, setiap pelajar disubsidi RM8,900 setahun dalam usaha kita memberikan pendidikan yang percuma,” katanya pada sesi perkongsian #Bajet2018 Bersama Rakyat mengenai Kesejahteraan Isi Rumah di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana