Pejabat PM keluar kenyataan ekoran penyebaran berita palsu pagi Rabu…

Pejabat Perdana Menteri pada petang Rabu mengeluarkan satu kenyataan untuk meminta orangramai periksa dulu kesahihan segala berita yang diterima melalui media sosial ekoran penyebaran maklumat palsu berkaitan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sebelah pagi.

Maklumat palsu yang disebarkan konon Perdana Menteri hendak membuat pengumuman khas secara live menerusi televisyen pada jam 11.30 pagi Rabu telah mencetuskan pelbagai tandatanya.

Andaian terus berlegar kemungkinan beliau hendak membuat pengumuman mengenai pembubaran Parlimen.

Namun pegawai di pejabat Perdana Menteri yang dihubungi kata ia adalah maklumat palsu.

Tanpa menyebut mengenai penyebaran maklumat berkenaan,kenyataan pejabat Perdana Menteri kata ia sedia maklum mengenai berita palsu melibatkan kerajaan dan Perdana Menteri yang tular dan disebarkan secara meluas di media sosial.

Katanya penyebaran berita palsu adalah gejala tidak sihat yang mampu bawa mudarat bukan saja pada individu tetapi juga pada negara.

Menurut kenyataan itu kerajaan sedang gubal undang-undang bagi tangani gejala ini dan kesalahan bagi penyebaran berita palsu akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana