PARTI BUNGA MASIH MINTA DERMA

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih meneruskan tindakan mereka merayu sumbangan kewangan daripada orang ramai dengan mengutip derma dalam majlis Santai Teh Tarik bersama Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kampung Tampoi di sini petang semalam.

Meskipun ditekan oleh beberapa pihak baru-baru ini berhubung tindakan parti itu, namun mereka seolah-olah tidak mengendahkan sebarang persoalan yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan.

Bekas Setiausaha Kerja PPBM, Kamarul Azman Habibur Rahman baru-baru ini mendakwa, beliau tahu bahawa terdapat pihak tertentu yang diminta memberikan sumbangan, malah Dr. Mahathir sendiri pernah berjanji akan mendapatkan dana kewangan untuk PPBM.

Pada masa sama, bekas Naib Presiden PPBM, Datuk Hamidah Osman memberitahu, rayuan derma oleh Mahathir dilihat tidak mempunyai kewajarannya kerana ya­kin bekas Perdana Menteri tersebut mempunyai sumber-sumber tersendiri yang boleh membantu dalam mendapatkan dana kewangan bagi PPBM. – UTUSAN ONLINE

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana