Parlimen Tambun : Husni jawab tandatanya…

Nama bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah agak sinonim dengan kawasan Parlimen Tambun di Ipoh.Tidak dapat dinafikan beliau popular di kawasan berkenaan.

Pada PRU-13 yang lalu, Husni memenangi kerusi Parlimen Tambun menewaskan calon PKR, Siti Aishah Shaik Ismail dengan majoriti 9,325 undi.

Beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Tambun selama 23 tahun.

Bagaimanapun tidak lama dulu timbul tandatanya apabila beliau melepaskan jawatan menteri dan semua jawatan politik utama termasuk Bendahari UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian itu.

Itu berlaku semasa rombakan kabinet lalu .Beliau undur diri sebagai menteri kerana dikatakan tidak mahu ditukar kementerian lain.

Sekalipun selepas itu ada pelbagai desas desus namun beliau terus aktif kendali program sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu.

Kebelakangan ini beliau juga kelihatan hadir pada majlis di rumah Perdana Menteri dan hadir pada majlis Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi serta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Kadir.

Dalam pada itu beliau terus dilihat sebagai tokoh yang mampu terus mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) di situ.

Ditanya dalam sidang media selepas hadir dalam Sambutan Tahun Baru Cina Anjuran Pejabat Parlimen Tambun Ahad mengenai kedudukan dirinya untuk PRU14,Husni kata beliau bersedia untuk bertanding  sekiranya terus diberikan mandat oleh Perdana Menteri.

"Saya tiada masalah. Pada saya, matlamatnya adalah kemenangan. Bila Presiden memutuskan Husni, awak kene bertanding untuk kemenangan, maka kita (saya) bertandinglah.

"Kalau saya ditakdirkan jadi ahli parlimen lagi, maknanya usaha yang kita jalankan melalui tagline MyBeautiful Tambun itu telah berjaya dan dibuktikan dengan pembangunan infrastruktur yang sangat luar biasa jika dibandingkan dengan 30 tahun terdahulu," katanya.

Mengulas mengenai sokongan pimpinan UMNO di peringkat bahagian, katanya, perkara itu perlu dipandang secara menyeluruh selain rakyat menjadi indikator utama dalam menjadi penentu kemenangan BN di Parlimen Tambun.

"Saya jadi ketua bahagian 23 tahun, takkan tiba-tiba orang nak boikot saya. Mereka sayang saya dan dalam konteks Tambun kita meraikan semua kaum yang tujuannya supaya rakyat sayang pada BN, sokong BN dan ia terbukti," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana