ORANG KATA TAHUN ANJING INI JADI TAHUN MALANG BUAT GUAN ENG

Sepatutnya tahun Anjing menggembirakan DAP namun ia dilihat menjadi tahun paling malang buat Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan parti Roket itu. Mana tidaknya, Guan Eng dan parti Roket itu kini dibelenggu banyak isu-isu kontroversi.

Sudah maklum, Ketua Menteri Pulau Pinang itu kini berdepan dengan skandal rasuah berkaitan pembelian sebuah banglo di Pinhorn Road daripada ahli perniagaan pada harga RM2.8 juta iaitu di bawah nilai pasaran serta penukaran status tanah pertanian kepada tanah perumahan yang ketika ini masih dalam proses perbicaraan.

Tak cukup dengan itu, timbul lagi isu yang lebih panas apabila Ketua Menteri Pulau Pinang itu ditimpa pula dengan kes skandal projek mega pembinaan terowong dasar laut yang hangat diperkatakan sekarang ini selepas menjadi tumpuan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes-kes tersebut telah membuat Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP dan DAP tertekan selepas terus diasak berhubung projek mega terowong dasar laut yang dirancang oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Guan Eng yang telah mencetuskan pelbagai kontroversi itu.

Jika diiihat kes pembelian rumah banglo yang dikenakan terhadap Guan Eng jatuh di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan sama seperti kes bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo yang telah disabitkan dan dipenjara selama 12 bulan.

Untuk maklum, dalam kes yang jatuh pada Perkara 165 Kanun Keseksaan ini, Pendakwaraya tidak memerlukan apa-apa bukti untuk disabitkan dengan sesuatu tindakan kerana ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu habuan daripada pihak kedua yang ada kepentingan.

Dalam Perkara 165 ini sudah mencukupi dengan bukti bahawa seseorang penjawat awam apatah lagi yang memegang jawatan tinggi telah membeli sesuatu hartanah dengan harga yang jauh lebih rendah daripada penilaian semasa daripada seseorang yang diketahui ada hubungan rasmi dengan tertuduh.

Kes Ahli Parlimen Bagan itu, sudah jelas ada hubungan apabila pemilik rumah banglo berkenaan adalah merupakan pemilik saham sebuah syarikat yang telah diberikan lot tanah untuk pembangunan di negeri Pulau Pinang.

Belum selesai kes tersebut, muncul pula skandal terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion. Kes ini menjadi hangat diperkatakan apabila pengurusan kajian pelaksanaan projek mega DAP tersebut sahaja sudah bernilai RM305 juta, sekali gus ia menimbulkan kecurigaan dan persoalan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof pun menyifatkan projek mega DAP berkenaan tidak berbaloi dengan perbelanjaan pembinaannya yang amat tinggi dan tidak ada keperluan untuk membina terowong kerana Pulau Pinang sudah ada dua jambatan yang sedia ada.

Malah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dari PKR, Dr Norlela Ariffin yang dipinggirkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dan Guan Eng pun mempersoalkan integriti projek mega DAP tersebut.

Wakil rakyat PKR itu mempersoalkan mengapa kos kajian kebolehlaksanaan projek mega berkenaan terlalu mahal dan juga mempersoalkan apakah pembayaran yang dilakukan itu masuk akal dengar kadar kerja yang dibuat oleh syarikat perunding yang dilantik.

Selain itu, Norlela juga turut mempersoalkan adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang telah mengikut garis panduan dan pekeliling berkaitan penjimatan kos yang dikeluarkan Perbendaharaan Negeri sebelum memutuskan pembayaran kajian tersebut.

Ditambah pula dengan pelbagai pendedahan yang dilakukan oleh parti MCA, GERAKAN dan juga Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan berkaitan projek mega DAP berkenaan.

Jika dilihat laporan-laporan media yang melaporkan bagaimana kelam kabutnya Ketua Menteri Pulau Pinang itu menepis dan menafikan segala tuduhan yang rakyat khusus rakyat Pulau Pinang lihat amat berasas. Itu pun Guan Eng dilihat cuba memanipulasikan banyak fakta hanya semata-mata untuk menghalalkan segala yang telah beliau buat di negeri Pulau Mutiara itu dan membohongi rakyat.

Walau apa-apa pun, tahun Anjing dilihat menjadi tahun malang kepada Guan Eng dan DAP yang sedang ‘kepanasan’ menunggu keputusan mahkamah dan menanti terheretnya mereka dengan kes-kes baru yang dibongkarkan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana