Mungkin Selepas Ini, Azmin Akan Pakai Bengkung Pula?

Hari ini Menteri Besar Selangor, Azmin Ali sudah kembali bertugas secara rasmi selepas dikatakan mengalami kecederaan tulang belakang yang dikenali dengan nama ‘annular tear of spinal disc’. Gambar Azmin mempengerusikan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor hari ini sudah tersebar dengan beliau memakai pendakap leher.

Nampak gaya sama sahaja, cara yang digunakan Azmin nampak sama dengan cara bosnya Anwar Ibrahim guna untuk raih simpati.

Dengan soalan salah guna kuasa dan rasuah di Selangor semakin banyak bercambah dan pilihan raya umum semakin dekat, termasuk kepimpinan beliau diserang oleh ahli dalam pakatan sesama sendiri tidak mustahil Azmin mula menggunakan strategi meraih simpati ini.

Dulu masa di Penjara Sungai Buloh, Anwar kantoi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) apabila pada mula memakai pendakap leher kerana cedera tulang belakang tapi apabila bertemu ahli keluarga, Anwar menanggalkan pendakap berkenaan kemudian seperti tidak ada kecederaan dan beramah-mesra seperti orang tidak sakit.

Kecederaan Azmin dimaklumkan oleh Pengarah Komunikasi Strategik Pejabat Menteri Besar Selangor Yin Shao Loong melalui satu kenyataan. Kenyataan beliau menyebut Azmin mengalami kecederaan itu ketika teruja membersihkan rumah dan mengalihkan perabot untuk menyambut kehadiran cucu sulungny.

Bagaimanapun, kenyataan itu pun mengggunakan ayat yang berbentuk gurauan kerana ada perkataan teruja.

Azmin sampai terpaksa menjalani rawatan fisioterapi dan dikatakan perlu berehat. Eloklah Azmin berehat kerana sudah banyak perkara yang boleh dipersoalkan berlaku dalam negeri Selangor.

Masa untuk beliau yang juga Timbalan Presiden PKR raih simpati sudah tiba memandangkan masalah semakin banyak di sekeliling Azmin terutamanya soal pembahagian kerusi untuk PRU14 bagi Pakatan Harapan (PH).

PKR negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin, sebelum ini sudah menentang pencalonan Pengerusi PH Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya PH menang PRU14.

Dikhabarkan, ada gerakan dibuat oleh Azmin untuk cuba ‘potong jalan’ Mahathir untuk dilantik semula jadi Perdana Menteri. Ia sama seperti gerakan hendak jadi Menteri Besar Selangor dulu sekaligus pencalonan Dr Wan Azizah Wan Ismail terhalang.

Mungkin selepas ini, Azmin akan pakai bengkung pula untuk ke pejabat bekerja.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana