“MUHYIDDIN TIDAK BERANI PUN”....KENAPA...?

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibidas kerana terus mendiamkan diri daripada tampil membuat sebarang pencerahan membabitkan isu National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata Muhyiddin tidak berani tampil membuat pencerahan mengenai isu itu, yang cuba dikitar semula oleh pembangkang.

Beliau berkata, Muhyiddin lebih mengutamakan pembohongan pembangkang dan mengelak untuk memalukan rakan pembangkang jika tampil membuat pencerahan isu berkenaan.

“Sebab itu, alasan Ketua Penerangan PPBM (Datuk Kamaruddin Mohd Nor) supaya Muhyiddin tidak tampil buat kenyataan adalah tidak logik.

“Kalau pembangkang sendiri suka mengitar cerita lama, kenapa perlu ada pilih kasih, iaitu enggan membuat pencerahan sedangkan ketika itu beliau menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Justeru, Muhyiddin dan pembangkang bukanlah sebenarnya pejuang ketelusan. Mereka adalah pakar manipulasi terhadap sesuatu isu mengikut selera kepentingan politik mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mohd Puad turut mencabar Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, tampil dan mendesak Muhyiddin membuat pencerahan seperti yang pernah dituntutnya sebelum ini, iaitu Muhyiddin dihadapkan ke Jawatankuasa Kira-Kira (PAC).

Beliau mengulas kenyataan Kamaruddin dalam satu sidang media hari ini, bahawa Muhyiddin tidak perlu tampil kerana tidak lagi bertanggungjawab menjawab sebarang kemusykilan berhubung isu NFC berikutan tidak lagi bersama kerajaan.

Kamaruddin berkata, walaupun ketika kelulusan penubuhan NFC pada 2006, Muhyiddin menyandang jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, keputusan itu dibuat atas kapasiti kerajaan bukan atas kapasiti individu.

Semalam, Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Datuk Azwanddin Hamzah, dilaporkan berkata serangan sepatutnya diarahkan kepada Muhyiddin yang pasti mempunyai maklumat terperinci berhubung perihal berkenaan.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, dalam catatan di blog rasminya pada 21 November 2011 mendakwa:

“Siapa lagi selain Muhyiddin yang patut dipertanggungjawabkan mengenai masalah NFC, di mana objektif projek ini adalah perusahaan ternakan lembu bagi memacu penghasilan daging negara yang mapan.”

Kit Siang turut pernah mendesak supaya Muhyiddin dipanggil PAC bagi merungkai masalah dialami NFC.

NFC adalah syarikat milik Agroscience Industries Sdn Bhd dengan usaha sama kerajaan. Selepas siri penyiasatan dan prosiding mahkamah pada November 2015, Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, dibebaskan daripada sabitan empat pertuduhan pecah amanah (CBT), membabitkan nilai keseluruhan RM49.7 juta.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana