Muhyiddin Kecewa Dengan Jentera Pakatan Harapan?

KUALA LUMPUR – Pengarah Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan, Tan Sri Muhyiddin kecewa dengan jentera pembangkang di seluruh negara kerana gagal membuktikan sokongan rakyat kepada Pakatan Harapan apabila diminta.
Perkara itu terdedah berikutan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Parti Amanah Negara (PAN) Selangor, Jaafar Samsudin dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Wanita PAN Selangor semalam.

Ahli akademik Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff menyiarkan transkip ucapan Jaafar tersebut di laman Facebook beliau hari ini seperti berikut:

“Pada saya, kalau saya turun ke mana-mana, khususnya ke bahagian-bahagian pilihan raya yang bakal kita bertanding, saya mewajibkan untuk jentera kita menunjukkan kedudukan sokongan pengundi dan rakyat kepada AMANAH khasnya dan amnya kepada Pakatan Harapan. Tanpa bukti, dan kerja ini kita buat, kita bergerak, kita menjalankan kerja pilihan raya dalam keadaan tanpa haluan tuju dan bukti yang mengatakan kita mendapat sokongan.

“Baru-baru ini dalam Mesyuarat Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia yang dipengarahkan oleh Tan Sri Muhyiddin, memohon pihak Pakatan Harapan menunjukkan kedudukan cula di tiap-tiap negeri di seluruh negara, sama ada SFERA-nya atau report-report yang lain, Jentera Pilihan Raya Pakatan Harapan Malaysia tidak dapat menunjukkan kedudukan sokongan kita di seluruh Parlimen, 222, yang menyebabkan Tan Sri Muhyiddin berasa kecewa dan amat terperanjat.”

Justeru, Kamarul berpandangan, laungan berdegar-degar pemimpin Pakatan Harapan selama ini kononnya pembangkang mendapat sokongan padu rakyat terbukti hanya sekadar laungan kosong tanpa bukti. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana