Matang Dalam Lontar Hujah, Dira Dipuji Ramai...Tahniahhh

MESKIPUN sesi forum Anda Tanya, Mereka Jawab bersama Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar dan Ahli Jawatankuasa Sosialis DAP, Dyana Sofya Mohd Daud sudah berlalu beberapa hari lalu.
Namun program Facebook secara langsung yang dibawakan khas oleh akhbar Sinar Harian itu masih menjadi bahan perbualan orang ramai hingga ke hari ini.

Jika dibandingkan ucapan disampaikan aktres itu pada perhimpunan Agung UMNO 2017 lepas, ternyata kali ini Dira dapat pujian ramai apabila tampil matang dalam melontarkan hujah dan pandangan sepanjang program itu berlangsung.

Malah, lebih membanggakan apabila Dira tidak mudah melatah meskipun diajukan dengan pelbagai kontroversi dan isu panas dalam dunia politik sebaliknya berjaya tampil memberikan jawapan cukup mantap dengan penuh keyakinan.

Ternyata, ketokohan aktres itu bukan sahaja terserlah dalam konteks keperibadian sahaja malah keunggulan dalam melontarkan idea juga.

Sehinggakan perbincangan yang berlangsung selama satu jam itu mendapat perhatian selain turut dikongsi oleh orang ramai dalam pelbagai platform.

Sementara itu, Dira yang merupakan anak kepada bekas ketua menteri Melaka, Allahyarham Datuk Abu Zahar Ithnin kini dilihat semakin aktif dalam bidang politik.

Sehubungan itu, Dira juga tidak menolak untuk terlibat lebih serius sekiranya dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana