Mahathir Dan Kit Siang: Kahwin Kontrak Dapatkan Sokongan Rakyat

Selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakah musuh ketat Kit Siang yang dikatakan anti-Melayu.

Kini Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu tidak tetap pendiriannya, kali ini sudah beralih arah pula.

Lim Kit Siang yang sudah marah Dr Mahathir lebih 22 tahun juga dikatakan sudah boleh peluk Dr Mahathir dan bagaimana Dr Mahathir juga boleh berbuat perkara yang sama sehingga rakyat pun rasa keliru.

Adakah ini merupakan lakonan semata-mata apabila pilihan raya semakin hampir, mereka cuba dapatkan sokongan rakyat, kedua-dua puji memuji antara sama untuk bersihkan imej sebelum ini?

Memetik sumber, Presiden MCA baru-baru ini, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengatakan mereka tidak ada prinsip, parti dia (DAP) dengan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berpegang dengan prinsip perjuangan.

Lebih menarik lagi, mereka ini dikatakan lebih kepada ‘marriage of convenience’ (kahwin kontrak) untuk dapatkan sokongan rakyat.

Menurut sumber mengatakan, Lim Kit Siang dikatakan gemar melompat dari satu tempat ke satu tempat lain,dulu di Pulau Pinang, kemudian ke Gelang Patah (Johor), semuanya tidak bertahan lama sebab dia dikatakan tidak memberikan perkhidmatan dengan baik.

Masyarakat dan penduduk dikatakan lebih tahu siapa wakil rakyat yang beri perkhidmatan dan kerja keras untuk mereka.

Menurut Liow juga rakyat kini semakin sedar Kit Siang sahaja gagal melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat di kawasan yang dimenanginya, tetapi juga tidak mempunyai pendirian tetap dalam politik.

Liow juga berkata rakyat terutama di kawasan Bentong sudah muak dengan politik seperti itu, sebaliknya mengharapkan satu kerajaan yang stabil dan mampu meneruskan pembangunan demi dapat menjamin masa depan mereka.

Justeru, walaupun Lim Kit Siang menafikan dirinya mahu bertanding di Bentong, masyarakat sudah masak dengan permainan politik mereka yang seolah-olah mementing agenda masing-masing daripada memberi perkhimatan yang baik kepada rakyat.

Tambahan lagi,mereka dikatakan tiada prinsip dan tiada matlamat jelas. Inikah yang kita mahu pada masa depan? Mungkin rakyat lebih bijak menilai dan memilih sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana