KRONI MAHATHIR BAGAI ANJING TERSEPIT

SUDAH tular tentang niat hati ‘Raja Gula Malaysia’ Tan Sri Robert Kuok yang dikatakan mahu melihat bangsa cina memerintah Malaysia sekarang ini. Pendedahan yang di buat oleh sebuah portal itu masih tidak dinafikan oleh empunya nama berkenaan.

Menurut portal tersebut, Kuok yang juga kroni kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sedang dalam gerakan mahu menggulingkan pemerintah Islam di Malaysia sekarang ini.

Gerakan berkenaan tidak mustahil turut melibatkan Pakatan Harapan yang dipengerusikan oleh Mahathir sendiri.

Ternyata tindak tanduk Kuok ini bagaikan ‘kacang lupakan kulit’. Sejak dari mula dia berniaga di Malaysia, pihak yang paling banyak memudahkan urusannya adalah kerajaan.

Apa yang tidak diberikan oleh pihak kerajaan dari dulu hingga sekarang untuk memudahkan mereka untuk mencari rezeki di Malaysia sehingga mampu bergelar jutawan?
Walhal, parti yang bekerjasama dengannya untuk menggulingkan kerajaan iaitu DAP sekarang ini bukanlah pihak yang bertanggungjawab membantunya untuk menjadi jutawan.

Sebaliknya hanya kerajaan pimpinan Barisan Nasional sahaja yang berusaha siang dan malam untuknya.Maka tindakan Kuok yang mahu ‘mengigit’ kembali tangan tuan yang memberinya makan itu tak ubah seperti ‘bagai melepaskan anjing tersepit’.

Patutlah gerakan kempen Pakatan Harapan sekarang ini cukup mewah dan drastik kerana tidak mustahil mereka telah dibiayai oleh seorang yang bergelar ‘Raja Gula Malaysia’ ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana