Kor Ming lari dari Taiping... nak bertanding di Teluk Intan

Naga lawan naga... DAP meneruskan strategi mereka dalam memperluas pengaruh parti selepas Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dijangka mencabar Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong di Parlimen Teluk Intan.

Beberapa media berbahasa Cina melaporkan pertukaran kawasan Kor Ming dari Taiping ke Teluk Intan .

Antara Mah dan Kor Ming terdapat perbedaan ketara dari segi watak dan intelek. Pemimpin DAP itu dilihat seorang yang gemar melakukan provokasi dan sering menggunakan perkataan-perkataan kesat.

Contoh,bukankah Kor Ming yang pernah menggelar Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir ”hitam metalik.”

Kini dalam beberapa isu terbaru seperti isu anugerah Brandlaureatte, kenderaan mewah yang dipakai Menteri Besar, DAP dan Kor Ming cuba membakar hati rakyat seperti didedahkan sendiri oleh Dr.Zambry.

Fitnah dicipta untuk tujuan politik.

Manakala Mah,lebih bersifat diplomatic tetapi dalam isu-isu membabitkan kerajaan seperti isu pemboikotan minyak kelapa sawit seperti dianjurkan oleh negara-negara barat, beliau keras dan tegas.

Berasaskan scenario tadi dan kenyataan yang dibuat sendiri oleh Mah baru-baru ini, yang beliau tidak akan lari atau berpindah kawasan maka semakin panaslah politik pekan yang terkenal dengan menara condongnya.

Namun bagi empunya diri iaitu Kor Ming, tidak ada sebarang ulasan khusus. Barangkali masih membuat pertimbangan terakhir.

Untuk rekod, DAP pernah merampas parlimen Teluk Intan melalui calonnya Seah Leong Peng pada PRU ke13 dengan majority 7,313. Kematiannya pada 2014 membuka pintu kepada pemilihan Mah.

DAP mempertaruhkan calon Melayu iaitu Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang iaitu Dyana Sofya Mohd Daud, dalam PRK itu tetapi gagal mengulangi kejayaan.

Mah diumum pemenang dengan undi majority, 238 undi.

Secara keseluruhan, Mah memperolehi 20,157 undi manakala calon DAP 19,919 undi. Seramai 40,236 pengundi keluar mengundi atau 66.67 peratus jauh lebih rendah berbanding jumlah keluar mengundi pada PRU ke13 (80.7%) .

Berasaskan percaturan terbaru dan atas kesedaran rakyat, DAP sedar Teluk Intan bukan lagi kawasan selamat berbanding pada 2013. Faktor PAS

yang tidak lagi menyokong DAP, dilihat boleh menjejas peluang Nga.

Yang nyata undi penduduk diTeluk Intan tidak lagi condong kepada DAP.

Dengan pengundi Cina yang tidak lagi seperti 2013 memberikan harapan jauh lebih cerah kepada Mah. Kerana sejak 2014 sebaik dipilih sebagai ahli parlimen Teluk Intan, Mah bekerja dan terus bekerja.

Lagipun advantagenya ialah Mah dilahirkan di bandar ini dari sebuah keluarga kaya. Keluarganya mempunyai reputasi sebagai dermawan ulung dan usahawan tersohor.

Isu-isu yang dekat dihati rakyat diberi perhatian seperti masalah tebatan banjir, kampus IPT (UPSI) dan sebagainya. Pendek kata setakat ini tidak lagi kedengaran aduan dari rakyat di kawasan berkenaan.

Bahkan penduduk yang majoritinya Melayu di Kampung Bahagiapun sudah boleh tersenyum kerana masalah banjir yang sering melanda kampung halaman mereka bakal berakhir.

Wakil rakyat DAP hanya sekadar mendengar jeritan batin penduduk yang ditimpa musibah ini tetapi gagal melakukan sesuatu yang positif.

Soal yang bermain dibenak umum ialah mengapa DAP mahu mengorbankan Kor Ming menyedari hakikat peluangnya jauh lebih cerah di Taiping berbanding dari di Teluk Intan?

Apakah benar beliau kini dipersiapkan sebagai bakal pengganti Lim Guan Eng sama ada sebagai pemimpin utama DAP atau Ketua Menteri Pulau Pinang?.Maka jika beliau menang,habuannya kenaikan dalam hiraki DAP!

Untuk rekod wakil-wakil rakyat DAP tidak macam UMNO atau BN yang tidak mudah berpindah kawasan walaupun kawasan mereka dilihat  tidak lagi selamat. Contohnya Mah sendiri tetap mahu kekal di kawasan berkenaan.

Lim Kit Siang sejak puluhan tahun “lari” dari  satu kawasan parlimen ke kawasan yang lain. Pernah jadi wakil rakyat di Melaka, sebelum Perak dan kini ahli parlimen Simpang Renggam.

Para pemerhati politik berpendapat DAP mahu menjuarai sebagai parti yang mewakili masyarakat Cina  di Malaysia bukan MCA atau Gerakan. Atau dengan lain erti, DAP mahu dilihat juara bangsa Cina.

Hanya dengan mengalahkan tokoh-tokoh utama MCA dan Gerakan dalam pilihanraya teori ini tidak sekadar satu klishe’.

DAP melihat dengan mereka berjaya mengalahkan Mah sekali lagi kali ini Mah selaku Presiden Gerakan maka kemenangan calon DAP memberatkan lagi teori tadi.

Dan bagi DAP, rancangan mega mereka hanya boleh dicapai melalui Kor Ming sahaja. Ini kerana untuk mengalahkan Mah, yang kini berstatus naga sesuatu yang tidak mudah.

Semenara itu serangan demi serangan dilakukan Gerakan dan komponen BN lain seperti dalam isu  terowong bawah tanah di Pulau Pinang, projek-projek mega, isu banjir, salahguna kuasa dan isu rasuah diperingkat tertinggi, membuatkan DAP tenggelam punca.

Demi menebus maruah mereka, DAP mahu memastikan calon-calon mereka dapat mengalahkan naga-naga Cina seperti Mah di Teluk Intan, Datuk Seri Liow Tiong Lai di Bentong dan Timbalan Presiden MCA di Air Hitam.

Sementara itu pada satu siri ceramah berskala besar yang diadakan DAP di Bentong baru-baru ini turut menyaksikan kehadiran pemimpin kebangsaan parti itu yang jelas membayangkan mereka memasang niat untuk menawan Bentong.

Namun apa yang jelas sekiranmya DAP meletakkan `ayam jantan' mereka  Kor Ming berdepan dengan Presiden Gerakan itu bukan satu perkara yang mudah kerana  Mah  selain merupakan seorang menteri Kabinet beliau mempunyai pengaruh besar diperingkat akar umbi.

Penganalisis politik berpendapat amat sukar untuk DAP menawan kerusi Parlimen itu walaupun sekiranya mereka meletakkan Kor Ming kerana  Mah telahpun  membina asas kekuatannya dan parti sejak sekian lama berbanding DAP yang hanya terus bergantung kepada gelombang perubahan.

Ketika mengulas masa depannya, Mah dalam komennya ketika ditemui media baru-baru ini menegaskan beliau akan terus kekal mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan.

``Saya hendak tegaskan bahawa saya tidak akan lari bertanding di kerusi selamat sebaliknya akan terus kekal di sini,'' katanya.

Mah menafikan  dakwaan segelintir pihak kononnya beliau akan bertanding di parlimen lain pada PRU14. Konon factor beliau selaku Presiden Gerakan.

``Tetapi itu bukanlah alasan untuk saya lari bertanding di parlimen lain kerana saya akan terus berkhidmat untuk rakyat Teluk Intan sama ada menang atau kalah," katanya.

Siew Keong berkata, walaupun keputusan sama ada beliau akan bertanding pada PRU ke-14 bakal ditentukan oleh perdana menteri dan pimpinan Barisan Nasional, dia tetap tidak akan lari ke kerusi selamat.

``Bertanding atau tidak ia adalah keputusan PM dan BN, yang pasti saya tidak akan lari ke kerusi yang selamat walaupun ada spekulasi mengatakan perkara ini," katanya.

Sementara menunggu kerajaan mengumumkan tarikh pilihanraya  DAP dan parti-parti BN yang mewakili kaum Cina, sudahpun dilihat berusaha keras mendekati pengundi Cina bagi memastikan mereka tetap dihati pengundi bangsa mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana