KENAPA MP SEPANG PERTAHANKAN VIDEO LUCAH NAMEWEE?

Akar Umbi UMNO mengecam tindakan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang mempertahankan karya terbaharu Namewee yang didakwa tidak melakukan sebarang kesalahan.

Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata wakil rakyat PAN itu harus ingat bahawa Namawee pernah mengeluarkan beberapa video kontroversi yang menyinggung perasaan umat Islam.

Malah tuduhan ahli parlimen itu terhadap kerajaan yang menyatakan ia adalah salah satu sekatan untuk berkarya adalah tuduhan dangkal dan cubaan mewujudkan presepsi salah dalam kalangan rakyat.

“Kerajaan sebenarnya sentiasa menyokong industri perfileman negara dan menggalakkan seluruh rakyat berkarya melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia termasuk FINAS.

“Tetapi bukannya melalui video berunsur lucah dan menghina seperti yang diterbitkan oleh Namewee tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Zulkarnain (foto) turut menyoal Hanifa sama ada beliau bersetuju bahawa perbuatan lakonan lucah serta tidak senonoh seperti adegan sepasang lelaki di awal video Namewee atau sebaliknya.

“Harus diingat ini bukan kali pertama Namewee menerbitkan video kontroversi, sebelum ini Namewee juga pernah menerbitkan video menghina lagu Negara Ku apabila mengubahnya dengan lagu Negara kuku,” katanya.

Tambahnya lagi tindakan Namawee yang memutar belit perayaan Tahun Baru Cina dengan membuat video bertajuk ‘Like A Dog’ pastinya menimbulkan kemarahan banyak pihak.

“Adakah Namewee tidak merasa bersalah apabila memasukkan adengan sepasang lelaki yang memakai topeng anjing melakukan perbuatan tidak senonoh di awal video tersebut.

“Harus diingat umat Islam dan anak-anak muda turut melihat video tersebut. Apakah mesej yang cuba disampaikan oleh Namewee kepada rakyat Malaysia berbilang kaum di mana majoritinya beragama Islam di Malaysia ini?” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana