Kantoi Dyana ‘Melalut Ke Laut’, Dira Pula Lebih Matang

SYABAS Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar yang menampilkan kematangan berhujah secara live ketika sesi forum Anda Tanya, Mereka Jawab dibawakan khas oleh akhbar Sinar Harian hari ini.
Artis berkenaan atau nama sebenarnya Khaidhirah Abu Zahar, ternyata berjaya menenggelamkan imej Anggota Jawatankuasa Sosialis Muda DAP (DAPSY), Dyana Sofya Mohd. Daud langsung gagal menjawab apa yang ditanya.

Lebih memalukan netizen propembangkang dalam program bual bicara secara langsung menerusi laman Facebook akhbar tersebut apabila Dyana Sofya ‘lari’ daripada soalan sepatutnya sehingga jauh melalut kepada topik lain pula.

Ia dapat disaksikan sendiri apabila pengacara bertanyakan mengenai skandal kontroversi Dyana Sofya dengan tokoh muda politik mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari yang juga Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang.

Apa yang sebaliknya berlaku, Dyana Sofya daripada bercakap menjadi mangsa tiba-tiba beralih pula kepada cerita mengenai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memuat naik gambar rokok.

Ramai netizen dilaporkan ketawa mendengar jawapan ‘ke laut’ Dyana Sofya itu walhal tidak dijelaskan kesahihan isu video ‘panas’ aksi beliau dengan ahli politik tersebut bermesra di kelab malam, menari, berpelukan dan minum arak.

Ini mencetuskan tanda tanya adakah penyakit ‘melalut’ itu kini menjadi fenomena biasa dalam kalangan pemimpin pembangkang selepas dipopularkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan terbaharu pula Azmin Ali.

Umum mengetahui, bukanlah janggal apabila wartawan bertanyakan soalan kepada figura Pakatan Harapan itu dibalas dengan jawapan berbelit-belit dan tidak masuk akal sehingga mendedahkan kebodohan mereka sendiri.

Ternyata rupa paras cantik bukan kelebihan Dyana Sofya berhujah tetapi sesi itu menampilkan sisi Dira yang tidak pernah dilihat rakyat Malaysia apabila dengan penuh sopan, berhemah serta bijaksana memberi pandangan bernas.

Malangnya ciri-ciri wanita Melayu Muslimah itu tentu tidak wujud dalam diri aktivis DAPSY ini sinonim dengan perjuangan anti-Melayu dan anti-Islam sebagaimana berlaku di Singapura yang diperintah oleh PAP ketika ini.

Maka sudah tentu apabila Dyana Sofya memilih untuk bersama DAP dengan sendirinya beliau mengambarkan diri sebagai sebahagian daripada visi parti cauvanist rasis yang konon memperjuangkan ideologi Malaysian Malaysia.

Dira yang secara kebetulan allahyarham bapa beliau merupakan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Abu Zahar Ithnin nyata darah politik yang mengalir dalam tubuh beliau begitu menonjol dengan tutur kata cukup tersusun.

Dyana Sofya ironi dilihat tidak jawab soalan yang diajukan berkaitan dengan skandal beliau, sebaliknya memilih untuk mengulas isu lain bahkan kebanyakan jawapannya lari dari soalan sehingga gagal meyakinkan penonton.

Beliau ternyata mensia-siakan peluang kesempatan terbaik untuk membersihkan nama. Perkara ini membuatkan ramai netizen membuat andaian bahawa beliau memang merupakan figura dalam video aksi panas tular tersebut.

Secara kebetulan, Dyana Sofya merupakan anak didik otai DAP, Lim Kit Siang. Beliau pernah kalah teruk bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada 2014 lalu kepada Presiden Parti Gerakan, Mah Siew Keong.

Isu perbahasan mereka adalah mengenai pembabitan anak muda dalam politik. Dyana Sofya menekan betapa DAP konon beri peluang generasi muda berada dalam baris kepimpinan seolah-olah ini tiada dalam Barisan Nasional.

Namun Dira memberikan jawapan yang cukup mantap bahawa Barisan Nasional telah lama mengiktiraf sumbangan orang muda dengan tertubuhnya sayap Puteri dan Pemuda UMNO untuk dihargai dalam saf barisan kepimpinan.

Menyentuh isu pencalonan anak muda, UMNO mengambil pendekatan berhemah dan tidak rakus mengenengahkan calon yang belum berwibawa memandangkan soal memimpin rakyat marhaen merupakan perkara amat penting.

Ia tidak boleh sekadar tangkap muat semata-mata. Kepimpinan perlu diasah dengan cara yang betul. Bagi Dira, beliau tidak akan menolak jika diberi peluang untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang kelak.

“Saya percaya ini adalah platform terbaik dan peluang bagi saya untuk menunjukkan penghargaan saya kepada mereka yang percaya kepada bapa saya serta sebagai kesinambungan usaha untuk memperkuat rakyat Malaysia.

“Ini terutama orang Melayu sendiri,” tegas Dira. Kini rakyat Malaysia dapat lihat dengan jelas perbezaan kredibiliti antara anak muda dalam UMNO dan DAP yang jauh beza macam langit dan bumi! 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana