“Jutawan Kuok Mahu Cina Perintah Malaysia” – RPK

“ORANG terkaya di Malaysia, Robert Kuok, percaya bahawa Malaysia dan Asia Tenggara wujud kerana orang Cina. Oleh itu kaum Cina dan bukan orang Melayu harus memerintah Malaysia!”
Demikian dedah pengendali laman sesawang politik tempatan Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin  sebagai merujuk kepada hasrat politik jutawan tempatan yang bernama Robert Kuok Hock Nien atau juga Ching Ching itu.

Menurut penulis prolifik yang pernah ditahan di bawah ISA pada era Tun Dr. Mahathir Mohamad, sejak 2008, Kuok percaya bahawa tsunami Cina telah memungkinkan perubahan ini daripada kerajaan Melayu kepada kerajaan Cina.

“Sekalipun tidak mungkin untuk beliau melihat kerajaan Cina tertubuh di Malaysia, sekurang-kurangnya mungkin kerajaan yang dikuasai atau yang didominasi oleh kaum Cina di mana yang memegang jawatan adalah Melayu.

“Namun kuasa politik sebenar di belakangnya memang didominasi orang Cina,” kata Raja Petra, 67, yang sering dirujuk RPK dalam artikel Kuok Wants Chinese Rule In Malaysia disiarkan portal berbahasa Inggeris itu kelmarin.

Setelah tsunami Cina selesai, bekas aktivis PKR yang dilahirkan di England itu menambah, komuniti Cina di Malaysia kini memerlukan seumpama ‘Tsunami Melayu’ untuk menggulingkan UMNO dan diambil alih oleh DAP.

Menurut beliau, Kuok, 94, melihat kewujudan media propembangkang The Malaysian Insight yang menggantikan The Malaysian Insider sebagai medium terbaik untuk memenangi hati dan minda orang Melayu bencikan UMNO.

Ia perlu dilakukan menerusi siri kempen anti-UMNO dengan agenda politik Cina disebarkan menggunakan ‘muka-muka orang’ Melayu sebagai penyamaran bagi menyebarkan hasutan dan dakyah jahat secara tersembunyi.

“Kuok tahu kawalan media adalah penting tetapi ia tidak boleh jadi media dikuasai oleh Cina jika mahu memenangi orang Melayu dan memastikan berlakunya Tsunami Melayu dalam pilihan raya umum (PRU),” ujar beliau.

Justeru, adalah penting bagi mereka mempergunakan portal ‘orang Melayu’ yang sebenarnya dikuasai oleh orang Cina di belakangnya untuk mencetuskan kebangkitan Tsunami Melayu pada hari PRU ke-14 akan datang.

“Dan media itu ialah The Malaysian Insight,” kata Raja Petra lagi. Hartawan yang menetap di Hong Kong itu pernah dahulu membuat dakwaan bahawa orang Cina adalah kuasa ekonomi yang bantu membangunkan Asia Tenggara.

Bagaimanapun, Kuok percaya bahawa walaupun kaum Cina secara umumnya banyak membantu dalam usaha membangunkan Asia Tenggara, terdapat juga kalangan mereka yang jahat dan telah merosakkan rantau ini.

“Sesetengah usahawan Cina ini boleh menjadi “penjahat yang sangat besar” dan oleh itu penting bagi pihak kerajaan memiliki badan pengawasan yang kuat mengawal selia media,” kata Raja Petra. 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana