JOHARI GHANI, ADNAN IKHSAN ANTARA CALON MENTERI BESAR SELANGOR?

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan adalah antara nama yang dipertimbangkan untuk ditonjol sebagai calon Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang dalam pilihan raya umum negeri Selangor Mei ini.

Sejak kebelakangan ini, banyak pihak tertanya-tanya siapa akan menjadi Menteri Besar sekiranya Barisan Nasional menang Dewan Undangan Negeri Selangor akan datang. Nama-nama Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor dari Barisan Nasional sedia ada seperti Budiman Mohd Zuhdi (Sungai Panjang), Johan Abd Aziz (Semenyih), Shukor Idrus (Kuang) dan Shahrum Mohd Sharif dilihat tidak begitu berkarisma untuk mencabar Azmin Ali.

Selain Johari Ghani dan Adnan beberapa tokoh pentadbir, pendidik dan korporat Selangor sedang dipertimbangkan untuk turut serta dalam usaha merampas kembali pentadbiran negeri.

Johari Ghani anak kelahiran Kampung Pandan, Kuala lumpur pada 1964 secara teknikalnya merupakan anak jati Selangor. Ini kerana Kuala Lumpur merupakan sebahagian dari Selangor sehingga diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 1974.

Johari sebagai tokoh korporat selama lebih 25 tahun dan berkhidmat dengan Majlis Penasihat Ekonomi Negara, Timbalan Menteri Kewangan dan sekarang Menteri Kewangan Kedua dilihat mempunyai latar belakang kuat untuk ditonjolkan sebagai bakal Menteri Besar Selangor.

Selain pengalaman ekonomi dan pentadbiran yang penting kepada Selangor, Johari yang lahir ditengah-tengah kemiskinan Kampung Pandan pada 1964 dilihat lebih memahami aspirasi orang Melayu di luar bandar.

Gabungan pengalaman dalam bidang pentadbiran dan kehidupan ini membolehkan beliau diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat Selangor.

Jika perancangan ini diteruskan, Johari dijangka bertanding di DUN Chempaka dalam Parlimen Pandan.

Selain Johari, nama Adnan Ikhsan mantan Presiden Majlis Perbandaran Subang Jaya turut dipertimbangkan berikutan pengalaman luas dalam pentadbiran di peringkat kerajaan negeri Selangor dan negara.

Berasal dari Sungai Nibong, Sungai Besar, Selangor, Adnan dijangka bertanding dalam salah satu DUN dalam Parlimen Tajung Karang

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana