Jamal 'derma' RM7 bilion kepada PPBM...Apa Tunggu Lagi PPBM...?

KUALA LUMPUR: Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos 'mendermakan' RM7 billion (USD 1,800 Million) kepada PPBM bagi membiayai parti itu sekaligus membantu gerak kerja mereka menghadapi Pilihan Raya ke-14 ( PRU14) nanti.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu juga berkata, 'derma' berkenaan diharapkan cukup untuk mengerakkan PPBM lantas meminta mereka menghentikan kutipan derma daripada orang ramai.

“Cek ini sah sehingga 2022 sebagaimana selama 22 tahun Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah sebagai Perdana Menteri.

“Ini adalah juga hasil perkongsian perniagaan saya dengan Tun Mahathir selama 22 tahun beliau memerintah terdahulu.

“Saya harap selepas ini PPBM tutup sahaja akaun itu, tidak perlu susahkan rakyat negara ini untuk memberikan sumbangan kepada parti itu,” ujarnya kepada pemberita selepas melakukan transaksi berkenaan di hadapan sebuah bank di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau turut membawa replika cek dengan tertera jumlah wang yang didermakan untuk ditunjuk kepada pemberita.

Sementara itu, Jamal turut mendakwa Dr Mahathir memberi wang sejumlah RM1 billion kepada parti kompenan Pakatan Harapan (PH) untuk mendapatkan jawatannya sekarang.

“RM 700 juta juga turut diberikan kepada PKR dan Mat Sabu untuk memastikan kedudukannya sekarang.

“Saya akan serahkan semua fail dan bukti yang ada kepada pihak berkuasa mengenai dakwaan saya ini tidak lama lagi,” ujarnya.

PPBM pada minggu lalu melancarkan tabung derma bertujuan membantu gerak kerja parti dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat dan penyertaan masyarakat umum bagi menjayakan impian menjadi kerajaan baru terlaksana.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana