Faizal Tahir Teruja PM Kongsi Lirik Lagu ‘Negaraku’

PENYANYI terkenal tanah air, Faizal Tahir mengakui teruja apabila lagu ciptaan Ezra Kong dan Mike Chan bertajuk Negaraku mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Menurut Faizal, lirik lagu bertema patriotik yang turut dinyanyikan oleh Joe Flizzow, Altimet dan SonaOne itu telah dikongsi oleh Najib menerusi salah satu entri dalam laman Twitter miliknya, hari ini.
“Perkongsiannya itu benar-benar membuat saya ceria, sekali gus menaikkan semangat untuk terus menghasilkan lagu bercorak cintakan negara selepas ini,” katanya dipetik BH Online.

Sehubungan itu, sebagai tanda terima kasih, penyanyi berusia 39 tahun tersebut dilihat turut membalas perkongsian perdana menteri itu dengan memuji penulis lirik lagu berkenaan iaitu Altimet.

Dalam perkembangan lain, Faizal dikatakan bakal berangkat ke Bangladesh bersama-sama badan kebajikan dari Brunei iaitu Hand4Hand bagi menjayakan misi bantuan kemanusiaan dari 5 hingga 8 Mac depan.

Mereka bakal terlibat dalam menyantuni masyarakat Rohingya iaitu etnik Muslim minoriti dari Myanmar itu yang kini ditempatkan di kem pelarian Cox’s Bazar . 

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana