ELAK PILIH WAKIL RAKYAT ‘PART TIME’

Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie mengingatkan pengundi-pengundi di kawasan parlimen Gopeng supaya membuat pilihan tepat sama ada mahu memilih seorang wakil rakyat yang bekerja sepenuh masa atau seorang doktor pakar sepenuhnya tetapi wakil rakyat separuh masa (part time).

Beliau yang kini disebut-sebut calon BN paling sesuai bagi kerusi Parlimen Gopeng pada PRU14 nanti berkata, pengundi-pengungi di kawasan parlimen itu insaf dan mengambil iktibar dari kesilapan lalu sehingga terpaksa menderita kepayaan hidup selama 10 tahu kerana memilih seorang wakil rakyat yang bekerja sebagai doktor pakar sepenuh masa tetapi menjadi wakil rakyat separuh masa.

Katanya, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti pengundi-pengundi di Gopeng mempunyai peluang keemasan mengubah nasib mereka keluar untuk keluar dari kepompong kemiskinan kerana tersalah memilih wakil rakyat tidak komited dalam menjaga kebajikan dan nasib masa depan mereka.

“Di sini ingin saya mengingatkan kepada semua pengundi mereka diberi peluang keemasan sekali lagi mengubah nasib untuk keluar daripada kepompong kemiskinan dan kepayahan hidup yang sedang mereka alami susah selama 10 tahun.

“Sama ada mereka pilih seorang wakil rakyat yang buat kerja sepenuh masa ataupun nak pilih seorang wakil yang kerja `full timenya ialah doktor pakar tetapi `part timenya’ ialah wakil rakyat.

“Bagi kita….kita mahukan seorang ahli politik yang juga wakil rakyat sepenuh masa dan bukan wakil rakyat separuh masa….sudah tibanya pengundi-pengundi mengimbas kembal kesilapan lampau bukan untuk diri mereka demi masa depan anak cucu mereka,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada Agendadaily di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di SJK © New Kopisan, Gopeng pada Selasa. Hadir sama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Datuk Heng mendedahkan selama 9 bulan dilantik menjadi ibu angkat Parlimen Gopeng beliau menzahirkan rasa kecewanya kerana wakil rakyat di parliumen itu langsung tidak memberi penerangan atau menghebahkan kepada penduduk berhubung pelbagai bantuan yang disediakan pihak Yayasan Bina Upaya (YBU) seperti bantuan kotak makanan dan baik pulih rumah.

“Sejak menjadi ibu angkat….apabila masuk ke kampung-kampung sambutan yahg saya terima amat baik sekali malah mereka kagum sekali dengan sgala bantuan disediakan kerajaan BN termasuk YBU dengan kotak makanan dan sebagainya.

“Ramai yang maklum saya mereka tidak dimaklumkan semua ini… kalau kita nak kaji siapakah yang harus bertanggungjawab tidak lain tidak bukan wakil rakyat kerana wakil rakyat yang telah dipilih pengundi telah menang tapi merkea seharusnya dengan amanah diberikan harus jalankan tangungjawab mereka untuk jaga kepentingan dan kebajikan semua pengundi di kawasan ini.

“Salah satu bukti yang amat ketara misalnya YBU sememangnya projek ini dah mula 7 tahun lalu dan selama 7 tahun wakil rakyat tidak pernah ambil inisiatif untuk buat penerangan bantu rakyat terutama mereka yang membuat permohonan untuk dapatkan bantuan.

“Saya telah pergi sendiri ke pejabat YBU Tanya berapa permohonan telah dimajukan khususnya untuk dana baik pulih rumah…saya dimaklumkan selama tujuh tahun ini tidak pernah lagi ada mana mana iaitu wakil rakyat bawa kes permohonan kepada yayasan ini dan ini amat mengecewakan.’’ Katanya.

Datuk Heng seterusnya berharap pengundi-pengundi Gopeng sedar dan insaf dan tidak termasukan hasutan pembangkang dengan mempersalahkan kerajaan kononnya kerajaan tidak prihatin terhadap mereka.

Beliau optimis dalam 9 bulan menjadi ibu angkat Gopeng dan dalam lawatan ke semua kawasan dalam Parlimen itu beliau menyangkal dakwaan kononnya masyarakat Cina menolak BN.

“Itu tidak benar yang penting kita kena ambil inisiatif masuk kampung mereka ..dampingi mereka, ambil peduli tentang masalah mereka dan amb il langkah mengatasinya.’’ Katanya.

Untuk rekod, pada PRU 13, Parlimen Gopeng: Tan Chin Meng BN:32,249, Lee Boo Chye PKR: 47,558 menang majoriti 15,309.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana