EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA KEKAL KUKUH: MOODY’S

Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia yang dicatatkan pada 2017 dijangka berterusan pada tahun ini serta dalam jangka sederhana, sekali gus menyokong penarafan kredit negara ini, kata Moody’s Investors Service (Moody’s).

Firma penarafan terkemuka antarabangsa itu mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang pada purata 5.2 peratus pada 2018, dipacu projek infrastruktur yang mega yang mana akan merangsang pelaburan awam dan swasta.

Ia berkata, profil kredit Malaysia pada paras A3 stabil disokong ekonomi Malaysia yang pelbagai dan besar, sumber alam yang mencukupi serta prospek pertumbuhan jangka sederhana yang kukuh.

Namun, tanggungan hutang atau leveraj yang semakin bertambah, termasuk dalam sektor isi rumah, bakal memberikan cabaran.

“Walaupun trend defisit fiskal berkurangan kekal, pelaksanaan pengukuhan fiskal berterusan kekal sebagai cabaran utama kredit.

“Justeru, struktur hutang yang baik dan tabungan domestik yang besar membantu mengekang risiko yang ditimbulkan daripada beban hutang kerajaan yang tinggi,” katanya.

Walaupun akaun semasa mencatatkan lebihan, Moody’s Investors Service berkata, Malaysia terus terdedah kepada potensi turun naik tidak menentu dalam aliran masuk modal, sebahagiannya berikutan kehadiran pelabur asing yang aktif.

Kecukupan rizab asing kekal rendah jika dibandingkan dengan negara yang mendapat penarafan A yang lain. – BHOnline

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana