Dr Mahathir...ini semua bukan murah

Tun Dr Mahathir Mohamad patut sekali mencadangkan kepada pakatan pembangkang yang diketuainya menganjurkan konvensyen khas atas tajuk Datuk Seri Najib Tun Razak makan bijirin jenis quinoa yang ditanam di Peru,Amerika Selatan.

Siapa tahu menerusi percambahan hujah dan idea di konvensyen itu pakatan PPBM-DAP-PKR-PAN  dapat merumuskan butir-butir yang lebih konkrit untuk tibai lagi sakan Perdana Menteri kerana nak makan bijirin itu sebagai sebahagian dari diet beliau untuk menyihatkan badan.

Cuma satu saja yang nak tolong ingatkan – jangan tayang balik pada peserta konvensyen itu ucapan penuh Najib semasa beliau sendiri mengaku makan bijirin itu dalam dialog acara Bajet 2018 Bersama Rakyat: Kesejahteraan Isi Rumah di Dewan HUKM,Cheras,Kuala Lumpur pada Khamis.

Ini kerana penerangan penuh Perdana Menteri mengenai hal itu yang boleh disaksikan di youtube menerusi alamat https://youtube/XXtFPt_0z2g  boleh bikin Dr Mahathir dan rakan sewaktu dengannya dalam pakatan pembangkang nampak bodoh dan malu sendiri kerana cuba nak putarbelit pasal isu makanan itu.

Dari klip video rakaman acara itu mereka boleh dengar sendiri dalam konteks sebenar apa yang Najib cakap bab makanan itu.

Memang mudah….untuk putar bagi orang marah…puak pembangkang tembak dari sudut Perdana Menteri ambil makanan mahal ketika rakyat sedang menderita kerana kos sara hidup sekarang.

Wartawan Agendadaily sendiri menerima panggilan dari sebilangan pembaca yang mempersoalkan bagaimana cetek dan kering modalnya puak pembangkang hingga cuba spin pasal pengakuan Perdana Menteri beliau makanan bijirin quinoa itu.

Menurut mereka penerangan Najib di dailoq itu cukup jelas dan terang.

Ada dikalangan mereka pula minta cuba check apa pula pemakanan Dr Mahathir dan supplement serta ubatan yang beliau ambil untuk jaga kesihatan selama ini hingga menjangkau usia lebih 90 tahun.

Bukankah Dr Mahathir gemar amalkan menunggang kuda untuk jaga kesihatan.

Kalau nak kira menunggang kuda adalah satu kegemaran yang cukup mahal dari kaca mata orang bawahan.

Malah beliau kerap terbang ke sana ke sini naik jet peribadi.Ia adalah sesuatu yang tidak pernah lintas dalam mimpi  oleh rakyat yang kais pagi makan pagi.

Sebenarnya bab anak cucu dengan gaya hidup hura-hura beraksi atas bot mewah pun boleh menjolok mata rakyat yang kesempitan.

Itu mungkin baru satu dua dan belum korek yang lain-lain.

Apakah pekara-perkara macam itu pun hendak dipersoalkan?

Kata orang elok sangat bekas Perdana Menteri itu pandang kiri kanan depan belakang sebelum nak buka mulut.

Ini lebih-lebih lagi beliau pegang status negarawan.

Dalam usaha untuk menangkis dakyah pembangkang mengenai isu bijirin quinoa itu,Pejabat Perdana Menteri pada petang Jumaat ada mengeluarkan kenyataan  berikut:


Kenyataan Media

1. Pejabat Perdana Menteri telah dimaklumkan mengenai tindakan pihak tertentu termasuk pemimpin pembangkang untuk memutar belit kenyataan YAB Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkenaan rutin kesihatan dan pemakanan yang telah dibuat oleh beliau dalam acara Bajet 2018 Bersama Rakyat: Kesejahteraan Isi Rumah semalam (Khamis).

2. YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa beliau makan bijirin jenis quinoa, ini merupakan sebahagian dari rejim diet sihat yang diamalkan oleh beliau. Ia juga adalah atas nasihat doktor. Selain itu, YAB Perdana Menteri juga melakukan senaman secara rutin bagi menjaga kesihatan dan kecergasan.

3. Kita sedia maklum YAB Perdana Menteri menghadiri banyak acara setiap minggu dan sentiasa dijamu dengan pelbagai makanan termasuk nasi dalam majlis-majlis tersebut.

4. Pejabat Perdana Menteri menggesa orang ramai untuk menonton ucapan YAB Perdana Menteri dalam program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Kesejahteraan Isi Rumah di mana beliau berkongsikan pelbagai perkembangan terkini negara dan Kerajaan Persekutuan di https://youtu.be/XXtFPt_0z2g

PEJABAT PERDANA MENTERI
23 Februari 2018



Supaya lebih jelas seorang bernama Syahir yang hadir pada majlis dailoq program Bajet 2018 Bersama Rakyat: Kesejahteraan Isi Rumah menulis di laman facebooknya:


Kalau tak spin, bukan pembangkanglah namanya.

Kononnya Najib Razak ni out of touch, tak faham rakyat sebab dia tak makan nasi, makan quinoa dari luar negara.

Semalam, saya sendiri berada di dalam sesi tersebut di Pusat Perubatan UKM (PPUKM) Cheras iaitu Bajet 2018: Kesejahteraan Hidup Rakyat.

Perdana Menteri memberikan ucapan santai berkenaan pencapaian ekonomi negara, kesejahteraan hidup rakyat berkisar subsidi langsung dan tidak langsung, B40 dan M40, kos sara hidup dan gaya hidup, pencapaian beliau sendiri dalam menangani isu MH17, krisis Selatan Filipina dan lain-lain.

Kemudiannya ada sesi menjawab soalan yang ditujukan kepada PM melalui media sosial dan pengakhirannya ditutup dengan pelancaran Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50).

Ada dua part yang pembangkang jadikan isu daripada sesi iaitu isu restoran Jepun RM1,000 seorang dan tak makan nasi, tapi makan quinoa.

Dr. Mahathir bin Mohamad, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Lim Lip Eng semua mainkan isu di atas.

Sudah tentu mereka takkan bagitau konteks sebenar restoran Jepun dan quinoa yang diujarkan oleh PM semalam.

Pertama, isu restoran Jepun RM1,000 seorang.

PM menjawab soalan dari sosial media yang bertanya soalan "Bagaimana kerajaan boleh memainkan peranan untuk mendidik anak muda tentang kos sara hidup vs kos gaya hidup?"

PM menerangkan perbezaan gaya hidup (lifestyle) dengan kos sara hidup (cost of living). Beliau beri contoh di restoran Jepun dekat hotel terkemuka, bil makanan anda boleh mencecah RM800 hingga RM1,000 bergantung kepada apa yang dipesan.

Kemudian beliau tanya, kos makan minum di mamak, Fizo Omar jawab RM8. PM sambung, favourite beliau adalah Nasi Vanggey yang terkenal di Ipoh yang hanya berkos RM4.80 sepinggan.

Kesimpulannya, ia adalah berkenaan pilihan. Pilihan di tangan anda. Anda boleh makan di restoran Jepun atau di restoran mamak terpulang kepada anda.

Apa yang PM cakap itu takde salah pun. Kos gaya hidup tidak boleh disamakan dengan kos sara hidup. Anda ada pilihan untuk tidak membeli smartphone baru, anda ada pilihan untuk tidak beli kereta dan naik pengangkutan awam, anda ada pilihan untuk pergi ke hospital kerajaan bayar RM1 untuk dapat rawatan penuh berbanding swasta yang lebih mahal.

Dan PM cakap, walaupun rakyat ada pilihan, tak bermakna kerajaan tak nak tengok kualiti hidup rakyat semakin meningkat. Yang paling penting, berbelanjalah mengikut kemampuan.

Kedua isu, tak makan nasi, makan quiona.

Ini pun PM jawab kepada soalan "Saya tengok dato nampak fit dan sihat selalu walaupun jadual sibuk. Apa rahsia dato?"

PM jawab panjang lebar tentang kepentingan bersenam, work-life balance dan sebagainya. Sampai satu part PM cakap beliau suka makan. Macam semua rakyat Malaysia beliau suka makan, tapi beliau tegaskan beliau kena kawal pemakanan.

 Cara beliau kawal pemakanan beliau tak makan nasi (atau kurangkan makan nasi sebab sebelum tu beliau cakap beliau suka Nasik Vanggey) dan makan quinoa yang anak beliau kenalkan. Quinoa kaya dengan protein dan ditanam secara meluas di Peru.

PM juga cakap tengah cari cara bagaimana untuk tanam dan hasilkan quinoa atau yang lebih kurang macam quinoa di Malaysia untuk memberi pilihan yang lebih sihat kepada rakyat Malaysia.

Saya sarankan semua untuk tonton ucapan penuh Perdana Menteri semalam: https://youtu.be/c0mO3XT4LWk

Kalau malas sangat dan nak dengar apa PM cakap pasal restoran Jepun, tak makan nasi dan sebagainya, boleh start tonton daripada minit ke 41:00 ke atas.

Semalam Dr Abdul Rahman Abdul Kadir ada, Dr Adwin Zainal ada, dan buat kali pertama juga dapat jumpa abang famous Faiz Pire. Tanyalah mereka konteks ucapan PM semalam. Mereka dengar dari awal sampai habis.

Janganlah jadi macam pembangkang termasuk Tun Mahathir yang kerjanya mengelirukan orang ramai. Mereka sudah tentu tak dengar pun ucapan penuh PM semalam. Meminjam kata-kata kawan saya "Don't be stupid, be informed."

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana