DERMA SI MISKIN UNTUK PARTI BARU MILIK ORANG KAYA LAMA

Luahan demi luahan, dari satu daerah ke satu daerah, menjelajah ke negeri-negeri tentang betapa sukarnya menggerakkan parti menceritakan perih jerih tentang apa yang dipercayai, lantas diperjuangkan. Itu lumrah, kerana setiap perjuangan harus ada risiko.

Namun, rasa kasihan mula berputik, dek luahan rasa tersebut, yang sebelum ini mengorbankan wang dan masa demi apa yang dipanggil “sebuah perjuangan”. Seperti tidak diendahkan, si miskin yang berhempas pulas kini mengadu, tidak lagi bebas bersuara gara-gara pimpinan yang tidak boleh ditegur.

Mudah bicara, ia seumpama “kuku besi”. Sesungguhnya, ia tidak pernah mengejutkan semua kerana jejak perjalanan politik “kuku besi” sudah terbukti, begitulah caranya.

Si miskin, percaya dengan apa yang diperjuangkan, membiayai gerak kerja perjuangannya hanya menggunakan kewangan sendiri. Ini perjuangan katanya, sehingga terlupa partinya itu diasaskan oleh golongan kaya-raya. “Wahai si miskin, mendermalah kamu demi perjuangan parti milik orang-orang kaya!”, kata pak tua yang tinggal di pondok usang hujung kampung.

Si muda pula percaya, kononnya inilah parti yang benar-benar untuk orang muda. Terkesima dengan retorik, sehingga terlupa parti itu diasaskan oleh golongan tua, yang lebih tua dari umur parti politik yang paling lama diberi kepercayaan oleh rakyat Malaysia. “Hai orang muda, ketahuilah bahawa parti baru yang muda itu dikawal oleh orang-orang tua yang masih belum mampu melepaskan erti dan nikmat kuasa”, kata pak tua lagi.

Parti baru, wajahnya tetap tua dan sama, seperti era Perwaja, Maminco, Skyhawk dan Berita Publishing. Apa yang baru? Nafsu.

Orang miskin, diminta derma mereka, untuk menggerakkan parti milik golongan kaya. Kenapa tidak yang kaya menderma untuk membantu si miskin? Untung-untung, dapat juga si miskin menyelami rasa dan perasaan tentang memiliki hermit birskin emelda green alligator, atau bermesra dengan si lumba-lumba di negara padang pasir.

Parti untuk orang muda dakwanya, sedang lihat barisan kepimpinan dan sekutu mereka adalah politikus senja paleolitik, kalau pun tidak antik politik zaman dinasour.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana