‘BERSIH’ SENASIB REFORMASI… BERKUBUR

TAJUK di atas bukan sengaja dibikin begitu. Tapi itulah hakikatnya.

Situasi agak tegang semasa forum gabungan Bersih 2.0 di Auditorium Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 11 Februari lalu mendedahkan kemelut Pakatan Harapan yang kian berserabut.

Khalayak yang hadir dalam forum itu tampak ketara muak dengan gelagat individu-individu yang terlibat dalam penganjuran himpunan jalanan haram, Bersih yang sudah mencatat gerakan kali kelima atau Bersih 5.0.

Terkejut barangkali bekas Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga dan anak kesayangan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Datin Marina yang duduk di atas pentas auditorium apabila berdepan kesukaran untuk meyakinkan hadirin supaya keluar mengundi pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.

Khalayak yang rata-rata pada ‘cap di dahi’ mereka penyokong tegar pembangkang tiba-tiba meluahkan isi hati keluhan mereka:

“Apa agenda Bersih kali ini? Apa yang kami akan dapat daripada keluar mengundi. Bersih sudah masuk sembilan tahun. Setiap tahun kami buat demonstrasi untuk tukar kerajaan, tapi setiap masa sudah kali ke-13 Barisan Nasional (BN) menang pilihan raya.”

Bukan sahaja ‘orang kuat’ gabungan Bersih 2.0 itu terkilan dengan khalayak mereka yang ‘lain macam’ kali ini, malah ter­kesima pula apabila diasak de­ngan soalan-soalan dan jawapan sinis, antaranya:

“Cerita pasal perisytiharan BN dan ‘pilih BN, (maknanya) undi ke arah rasuah’? … tapi kenapa masih ada Exco-Exco (kerajaan PKR Selangor) yang belum isytihar harta.

“Amboi! Panggil tema forum ini ‘Satukan Tenaga Kalahkan Penipuan’ tapi kenapa (Pakatan Harapan) tak cerita pasal tunnel (rancangan bina terowong dasar laut yang cetuskan kontroversi di Pulau Pinang)?”.

Keadaan gelabah pembangkang habis diungkit khalayak se­­hinggakan ‘pende­ka­tan baharu’ yang cuba disuntik oleh pe­mimpin-pemimpin Bersih terbabit dalam kalangan mereka yang hadir supaya kali ini ‘memanggil (calling) sekurang-kurangnya 50 orang untuk undi pembangkang dan cerita keburukan BN’ dipulangkan paku buah keras pula.

Dan tidak hairanlah kenapa Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari turut menyuarakan rasa sedikit pun tidak terkejut dengan adegan dalam forum Bersih berkenaan.

“Rakyat kita bukan selama-lamanya boleh ditipu sesuka hati. Mereka juga sudah bangkit dan celik. Sampai bila nak gunakan alasan kononnya ada kepinca­ngan dalam proses pilihan raya. Apa yang mereka tahu hanyalah demonstrasi jalanan dengan me­ngheret rakyat ke jalan raya.

“Pengundi kita bukan boleh dibohongi selamanya, agenda untuk mengubah kerajaan dengan demonstrasi haram sudah tidak laku di Malaysia,” kata beliau.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah Bersih kini ‘tak laku lagi, sudah jadi tahi’.

Samalah nasibnya dengan ge­rakan reformasi. Mereka yang menyertai siri Bersih sebelum ini mungkin tidak berapa ingat insiden ‘kebangkitan’ rakyat pada September 1998 yang digerakkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas dia dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Dr. Mahathir, Perdana Menteri waktu itu.

Senario politik Malaysia masa itu berubah apabila puluhan ribu, malah mencecah 100,000 orang terutama yang beragama Islam bangkit memprotes di jalan raya di ibu negara hingga melimpah sampai ke Istana Negara.

Ramai yang disembur dengan gas pemedih mata, tembakan air berperisa lada, dikejar oleh anggota-anggota keselamatan, di­­­tangkap, dipenjarakan dan di­ke­nakan pelbagai tekanan dan kesulitan sesudah itu.

Tapi tengoklah bagaimana ha­nya dengan hanya satu pertemuan ringkas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 5 September 2016 yang menyaksikan dua seteru politik bersalaman erat (Anwar dan Dr. Mahathir) telah melenyapkan sama sekali laungan ‘reformasi’ dan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan ketidakadilan.

Dengan itu secara rasminya ‘reformasi’ berkubur dan ‘ditalkinkan’ oleh pertemuan dan aksi bersalaman yang sangat singkat ini. Forgive and forget. Kisah dan luka lama dilupakan.

Nampaknya ‘Bersih 1, 2, 3, 4, 5.0’ pun senasib ‘laungan reformasi’.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana