Azmin sekat peruntukan untuk ganggu gerak kerja PAS...?

Sudah hujung Februari tapi semua 13 ADUN PAS di Selangor yang merupakan sebahagian daripada ADUN kerajaan negeri tidak menerima peruntukan tahunan ADUN sebanyak RM800,000.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir, berkata, pihaknya kecewa dengan perkara itu serta mendakwa kemungkinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali, sengaja melakukannya bagi mengganggu gerak kerja ADUN PAS menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

"Peruntukan ini bukan untuk kerja parti atau kegunaan ADUN PAS itu sendiri (kerana) untuk kegunaan parti, PAS sudah ada peruntukan khusus.

"ADUN PAS berhak menerima peruntukan Kerajaan Negeri untuk melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan yang sudah lama diaturkan.

"Peruntukan ini perlu diberikan untuk manfaat rakyat. Apabila perkara ini berlaku, sudah tentu program yang sudah diaturkan ini sedikit terbantut," katanya dipetik BH online.

Roslan berkata, isu peruntukan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat PAS negeri selewat-lewatnya minggu depan, sebelum memutuskan tindakan selanjutnya yang akan diambil.

"Mengikut ustaz Sallehen (Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi), PAS negeri akan membuat keputusan berhubung perkara ini selepas sambutan Tahun Baharu Cina," katanya.

Isu mengenai peruntukan itu timbul bulan lalu apabila Sallehen dilaporkan berkata, Kerajaan Selangor pimpinan PKR membekukan peruntukan untuk ADUN PAS, seperti dimaklumkan kepadanya oleh unit perancangan ekonomi negeri.

Berikutan itu, Sallehen berkata, PAS Selangor mungkin memohon perkenan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memaklumkan perkara itu.

Bagaimanapun, Azmin menafikan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan kepada wakil rakyat PAS di negeri itu.

Beliau sebaliknya berkata, kelewatan itu mungkin berpunca dari masalah teknikal dan berjanji untuk menyelesaikannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana