AKUI SUKAR TUNAI JANJI, LEBIH BAIK PH PENCEN DARI POLITIK

BARU-baru ini Pengerusi PH Mahathir Mohamad berterus terang bahawa partinya itu tidak mampu melaksanakan kesemua janji-janji mereka selepas menang PRU14 nanti.

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu bagaikan berpijak di bumi nyata apabila memberi alasan kedudukan kewangan kerajaan yang terhad tidak membolehkan janji-janji tersebut direalisasikan.

“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto ramai juga daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah buat kenyataan tertentu.

“Kita tidak terikat dengan kenyataan pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya itu tidak dapat dilaksanakan oleh kita,” katanya dalam sidang akhbar di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.

Akhirnya buat pertama kalinya Mahathir menceritakan tentang perkara yang sebenar kepada orang ramai setelah sekian lama dia sekadar menabur fitnah, pembohongan dan propaganda sahaja.

Dengan pengakuan ini, maka eloklah kiranya Pakatan Harapan bersara dari berentap dalam gelanggang politik tanah air. Tujuan sesuatu parti politik bertanding dalam pilihan raya adalah untuk mendapatkan mandat rakyat atau kuasa.

Apabila kuasa itu telah diperoleh, maka parti politik ini akan membentuk kerajaan lalu mengotakan apa yang dijanjikan selama ini.

Namun apabila Pengerusi PH sendiri mengaku bahawa mereka tidak mampu menunaikan segala janji itu, maka tiada jalan penyelesaian lain buat blok pembangkang tersebut melainkan mengambil keputusan untuk pencen dari arena politik.

Mampukah Mahathir dan Lim Kit Siang mengambil keputusan berkenaan selepas berpuluh tahun mereka telah bergelumang dalam arena tersebut? Mestilah mereka tidak mampu lakukan.

Tetapi dalam masa sama mereka juga telah mengaku bahawa mereka tidak mampu untuk menunaikan segala janji untuk rakyat, maka apa lagi yang hendak diharapkan kepada PH?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana