AKHIRNYA!!!!! RAHMAN SAMAN RAFIZI

Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 29 Mac ini untuk pengurusan kes saman fitnah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli berhubung kontrak pelaksanaan Ekspo Negaraku 2017.

Peguam Abdul Halim Abdul Karim yang mewakili Rafizi ketika ditemui berkata, mahkamah menetapkan tarikh itu untuk pengurusan kes di hadapan Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

Abdul Rahman diwakili peguam Datuk M Reza Hassan daripada Tetuan Raja Riza & Associates.

Pada 30 Januari lalu, Abdul Rahman sebagai plaintif memfailkan saman itu dengan menamakan Rafizi sebagai defendan.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Abdul Rahman mendakwa pada 10 November 2017, defendan melalui status di laman Facebook miliknya memaklumkan akan mengadakan sidang media bagi mendedahkan penyelewengan membabitkan seorang menteri.

Pada 11 Disember tahun lalu, defendan mengadakan sidang media bertajuk ‘Skandal Baru UMNO, Menteri Mana Pula Yang Kena?’ di pejabatnya di Sungai Besi, di sini, dengan dihadiri wartawan daripada pelbagai media.

Beliau mendakwa sidang media itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook miliknya iaitu Rafizi Ramli @ rafiziramli.keadilan.

Dalam sidang media itu, defendan didakwa secara semberono dan berniat jahat menerbitkan atau menyebabkan kenyataan fitnah dan palsu serta berniat jahat diterbitkan merujuk kepadanya.

Plaintif mendakwa fitnah itu membawa maksud beliau tidak jujur dan korup selain menuduhnya terbabit dengan transaksi yang mengelirukan.

Akibat pernyataan fitnah itu, plaintif mendakwa reputasi dan maruahnya terjejas serta dipandang rendah dan hina oleh masyarakat umum.

Oleh itu, Abdul Rahman menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan selain perintah injunksi supaya defendan melalui dirinya atau wakil dihalang daripada menerbitkan, mengeluarkan, mencetak perkataan sama yang memfitnah plaintif.


Plaintif juga memohon perintah supaya defendan mengeluarkan dan menerbitkan permohonan maaf terhadapnya dalam akhbar utama bahasa Melayu dan Inggeris berdasarkan terma dipersetujui olehnya. – BHOnline

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana