WALAUPUN MAHATHIR JADI PM, KUASA MENTADBIR TETAP DI TANGAN DAP

Pelantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) hanya untuk menjadi boneka kepada DAP.

Ikon Mahasiswa Nasional PEMANAS 4.0, Ahmad Azaruddin Azman berkata, pemilihan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai perdana menteri bersifat sementara sebagaimana diumumkan PH baru-baru ini, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan anak muda.

Katanya, hasrat dan harapan anak muda ialah hendak kerajaan dipimpin oleh perdana menteri yang bukan memegangnya kerana kepentingan peribadi tetapi mentadbir untuk tempoh lama.

“Kerisauan kita sebagai anak muda ialah apabila Mahathir menjadi perdana menteri, kuasa dan suara yang mentadbir adalah DAP.

“Tambahan pula dia berjanji memegangnya selama enam bulan dan selepas itu akan menyerahkan kepada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Diskusi UMNO Online bersama Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa dalam isu bertajuk, “Agihan Kerusi: Api Dalam Sekam Pakatan Harapan” di CafĂ© Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra beberapa hari lalu.

Ahli panel lain dalam program itu ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Rahim dan penganalisa politik, Roslan Latif.

Ahmad Azaruddin yang juga Presiden Kelab Wasatiyyah UiTM berkata, daripada pengagihan kerusi Parlimen yang dilakukan oleh PH baru-baru ini juga jelas menguntungkan DAP walaupun 35 kerusi.

Ujar beliau, daripada 35 kerusi itu, DAP diyakini memenangi sekurang-kurangnya 30 hingga 32 kerusi berbanding PPBM yang mendapat 52 kerusi, tetapi dijangka menang hanya satu di Parlimen Pagoh.

“Dalam Analisa saya, PKR yang mendapat 51 kerusi juga sekurang-kurangnya boleh menang lebih 20 kerusi sahaja, manakala PN yang diberikan 27 kerusi hanya dapat mempertahankan antara lima hingga enam kerusi.

“Semua ini menguntungkan DAP dan kejayaan terbesar parti cauvinis itu ialah memecah belahkan perpaduan orang Melayu. Ini matlamat sebenar mereka. Sebab itu mereka tidak bantah walau mendapat jumlah kerusi yang lebih kecil dari PPBM dan PKR,” katanya.

Sementara itu, Rafizal dalam melontarkan pandangannya menjelaskan, selama dua penggal DAP mengambil alih Pulau Pinang, bukan sahaja orang Melayu, bahkan masyarakat Cina pun sedar mereka ditipu sepanjang pentadbiran Ketua Menterinya, Lim Guan Eng.

Belilau memberi contoh, kegagalan ketara Guan Eng menangani masalah banjir di negeri itu baru-baru ini, membuktikan kerajaan pentadbiran DAP hanya pandai bercakap, tetapi tidak dapat memerintah dengan baik.

“Baharu dilanda banjir, dia (Guan Eng) sudah menangis minta bantuan dari kerajaan Persekutuan. Apabila bantuan disalurkan, dia langsung tidak berterima kasih.

“Pemimpin dari parti macam ini (DAP) yang kita nak beri undi kemenangan pada PRU14? Orang Cina pun dah mula sedar dengar helah parti ini,” katanya. – theRakyat

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana