TPM Zahid buat kejutan...minta SPRM siasat dewan beliau sedang rasmi…

Hutan Melintang ialah adalah satu tempat dalam kawasan Parlimen Bagan Datuk yang diwakili oleh Datuk Seri Zahid Hamidi.
 
Sekalipun terletak di dalam kawasannya Timbalan Perdana Menteri pada Sabtu membuat kejutan semasa merasmikan Dewan Terbuka Sekolah Menengah Hutan Melintang yang berharga RM600,000.
 
Apa tidaknya…pada ucapan di majlis perasmian bangunan itu sendiri beliau secara terbuka kata tidak puashati dengan mutu binaan tidak mengikut spesifikasi berbanding kos besar yang peruntukan.
 
Jawabnya boleh pengsan kontraktor yang dapat kontrak buat bangunan itu.
 
Tindakan ini dilihat memberi mesej jelas kepada kontraktor agar jangan main-main.
 
Dewan Terbuka SMK Hutan Melintang siap sepenuhnya pada 31 Dis lalu dengan peruntukan RM600,000 yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri.
 
Kata Zahid “tak kan dewan begini RM600,000. Dengan mata kasar pun kita tahu dewan ini bukan  RM6000,000. Kualiti dewan ini memalukan. 
 
“Saya tak puas hati dengan dewan ini, saya tidak berkompromi jika ada unsur rasuah atau penyelewengan, saya akan ambil tindakan. Saya beri tempoh tiga bulan untuk dewan ini lebih baik daripada sekarang.” 
 
"Jangan hina orang Bagan Datuk, jangan hina SMK Hutan Melintang, saya tak puas hati, saya tidak akan pernah puas hati, RM600,000 macam ini ke?
 
"Walaupun saya duduk di atas tetapi saya tetap berpijak di bumi Bagan Datuk, saya tidak boleh terima, rakyat Bagan Datuk tidak boleh terima.
 
"Siapa agensi pelaksana, kontraktor jangan main-main, kalau RM600,000 mesti RM600,000 nilainya, jangan 'claim' RM600,000 tetapi nilai sebenar seperti RM300,000, " katanya.
 
"Kenapa jadi begini, kalau ada penyelewengan ambil tindakan tidak kira kontraktor, konsultan apa sesiapa sahaja yang terlibat, " tegasnya.
 
"Mentang-mentang kita orang kampung, jangan kita direndah-rendahkan, dengan mata kasar pun kita tahu. Saya tak mahu rakyat katakan Anggota Parlimen ambil duit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ambil duit, kita tidak akan berkompromi," katanya.
 
Serentak dengan itu beliau mahu siasatan dibuat keatas kepincangan itu.
 
Zahid turut arah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat semua pihak yang terlibat dalam pembinaannya.
 
Beliau mengingatkan kontraktor dan agensi pelaksana agar memastikan setiap projek kerajaan yang dilaksanakan mereka setanding peruntukan selain menurut spesifikasi yang ditetapkan.
 
Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan tidak akan berkompromi atau teragak-agak melaporkan mereka kepada pihak berkuasa termasuk SPRM jika didapati wujud unsur-unsur penyelewengan peruntukan.
 
Zahid beliau mahu semua anggota parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional memantau setiap projek pembangunan di kawasan masing-masing.
 
"Saya tidak mahu rakyat jadi mangsa pihak dikenali sebagai 'Little Napoleon´. Walaupun berada di luar bandar, kita tahu jumlah peruntukan yang diluluskan dan nilai projek yang dilaksanakan.
 
"Kita akui setiap kontraktor perlu ada margin keuntungan tetapi jangan keuntungan yang melampau (dengan) kualiti produk yang disediakan kurang daripada apa yang dispesifikasikan," katanya.
 
Sehubungan itu katanya, kerajaan tidak boleh dipersalahkan sekiranya pihak terbabit disiasat oleh agensi penguatkuasaan seperti SPRM.
 
Istilah Little Napoleon merujuk kepada sikap segelintir individu yang suka menunjukkan kuasa, berlagak dan cerewet sehingga mencetuskan kerenah birokrasi

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana