SUMBER PPBM TUDUH SIAPA YANG TAK SOKONG DR M JADI PM, MEREKA BALACI NAJIB...BERAT...BERAT BETUL MADEY NI

PPBM hari ini menyifatkan semua pihak dalam Pakatan Harapan yang tidak sokong pencalonan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan jika menang PRU14, adalah balaci Najib sebenarnya. Setidak-tidaknya, itulah persepsi di kalangan rakyat hari ini.

Termasuklah PKR Selangor.

Justeru, bagi mengelakkan persepsi ini berterusan, PKR Selangor perlu segera menzahirkan sokongan mereka terhadap Tun Mahathir atau bakal menerima padah, ditolak rakyat dalam PRU14 yang akan datang.

Perlu diingat, PPBM mungkin parti kecil dan paling baru dalam Pakatan Harapan tapi ia juga adalah parti yang paling kaya di antara kesemua parti komponen dalam Pakatan tersebut sehingga mampu mengatasi Amanah dalam soal pembahagian kerusi.

Difahamkan, semua perbelanjaan Pakatan Harapan dalam PRU14 yang akan datang, bakal ditanggung PPBM yang mendapat sokongan kuat tokoh korporat terhebat negara yang dilahirkan era Tun Mahathir seperti Tun Daim dan sebagainya, selain sumber kewangan dari Tun sekeluarga sendiri.

Baru-baru ini, dua anak Tun Mahathir telah menjual sebahagian saham dalam syarikat yang dikuasai mereka, dipercayai untuk mendapatkan dana pilihanraya umum ke 14.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana