Sudah Lupakah Tun M Siapa Yang Gelarnya Diktator, Mahazalim, Mahafiraun?

Bendahari UMNO, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyeru Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad agar dapat mengimbau kembali siapakah yang menggelarnya sebagai Diktator, Mahafiraun, Mahazalim dan pelbagai lagi gelaran ketika beliau berada di puncak kuasa dahulu.

Menurutnya, adakah Dr Mahathir sudah terlupa akan perkara tersebut.

“Hakikat sebenar, mereka yang memanggil Dr Mahathir sebagai “diktator autoritarian, Mahazalim dan Mahafiraun, yang tidak demokratik, dan telah menjadi kaya raya melalui korupsi” adalah mereka yang dalam Pakatan Harapan yang kini menjadi sekutu dan rakan politiknya.

“Mungkin dia lupa fakta penting ini, atau adakah dia sebenarnya cuba sindir sekutu politiknya sendiri?, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia itu dalam catatan terbaharu di blognya sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad telah membuat catatan dalam laman blognya dengan 1,300 perkataan dengan tajuk ‘The Dictator’.

Dr Mahathir mengakhiri catatannya dengan berkata, “Oleh itu, teruskan memanggil saya diktator autoritarian, Mahazalim dan Mahafiraun, yang tidak demokratik, dan telah menjadi kaya raya melalui rasuah. Itulah kebenaran, seluruh kebenaran dan tiada apa-apa selain kebenaran. ”

“Ia sebenarnya merupakan satu bentuk latihan sindiran dan psikologi terbalik untuk menepis segala tuduhan bahawa dia adalah diktator dan kleptokrat ketika dia menjadi Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun,” ujar Salleh. – MediaUMNO.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana