Soi Lek: Pakatan Harapan tanggung beban Mahathir

 Beban BN dan UMNO sudah berpindah ke Pakatan Harapan susulan gabungan pembangkang itu menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.

Jelas bekas presiden MCA, Tan Sri Dr Chua Soi Lek, tidak diragui bahawa Pengerusi PPBM itu banyak menyumbang kepada negara selama 22 tahun sebagai perdana menteri, tetapi begitu juga sebaliknya.

“Pada zamannya lah muncul kronisme dan kemudian krisis badan kehakiman, banyak orang yang menyalahkan Dr Mahathir.

“Maka apabila PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon PM, beban sudah dipindahkan,” lapor Malaysia Kini.

Tambahnya PH terlalu bergantung kepada Dr Mahathir dan PPBM untuk menumbangkan UMNO di kubu kuat tradisinya dalam pilihan raya umum yang akan datang.

“Namun pengaruh kehadirian mantan perdana menteri itu terhad kepada pengundi Melayu di kawasan bandar, tetapi tidak di luar bandar.

“Pada dasanya, tidak ada parti lain yang menjaga orang Melayu sepertimana UMNO.

“Pengundi Melayu di kawasan pedalaman takut kepada perubahan,” kata bekas Ahli Parlimen Labis itu.

Sementara itu ditanya mengenai trend kaum Cina akan mengundi dalam pilihan raya akan datang, Soi Lek (foto) berkata sentimen ‘anti-establishment’ masih kuat dalam komuniti itu.

“Pada masa sama, orang Cina sudah menerima hakikat bahawa tanpa sokongan orang Melayu, anda tidak boleh menukar kerajaan,” kata bekas Menteri Kesihatan itu.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment