ORANG LANGKAWI ‘ALU-ALUKAN’ WARGA EMAS BERTANDING DI SANA?

Jika mendengar kepada perbualan yang sedang hangat diperkatakan, maka mungkin kita dapat menyimpulkan bahawa seorang warga emas yang usianya mencecah lebih 92 tahun akan bertanding untuk menjadi wakil rakyat Parlimen Langkawi pada PRU ke-14 ini.

Desas-desus berkaitan kemungkinan itu sebenarnya sudah lama kedengaran sebelum ini dan khabarnya ‘jentera import’ dari parti ‘cap bunga’ itu telahh ke pulau tersebut untuk memastikan warga emas itu mampu menang mudah di sana.

Sebelum ini, terdapat pihak yang mengatakan dia mungkin bertanding di Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya. Ada yang kaitkan dia dengan kerusi Gombak. Namun penulis yakin, ia hanyalah sekadar ‘test market’ sahaja kerana warga emas itu cenderung berbuat demikian.

Pengamatan penulis mengenai strategi ‘test market’nya, jika dia mahu ‘cantas’ sesuatu atau seseorang, selalunya dia sendiri yang buat kenyataan kemungkinan. Namun jika dia mahukan sesuatu atau seseorang itu mengikut kehendaknya, maka selalunya orang lain yang sebut dan dia akan mainkan peranan ‘di belakang’.

Maka kini, penulis menjangka dia benar-benar serius mahu bertanding di kerusi Parlimen Langkawi, bukan di kerusi lain. Mungkin kerana itulah terdapat dakwaan tentang gerakan politik warga emas itu telah mula memasuki pulau tersebut.

Seperti penulis katakan sebelum ini, penulis amat mengalu-alukan warga emas itu untuk bertanding di Langkawi. Bukan apa, dikatakan terlalu banyak ‘jasa’nya memberikan tanah di pulau itu kepada ‘tauke luar’ ketika berkuasa dan mungkin inilah masanya untuk mereka membalas jasanya.

Lagipun, penganalisis politik juga berpandangan bahawa kerusi itu paling tinggi peratusannya untuk dia menang berbanding kerusi di tempat lain. Faktornya adalah disebabkan jasanya membangunkan pulau itu dulu.

Penulis tidak nafikan jasanya membangunkan pulau itu sehingga terkenal di seluruh dunia sebagai destinasi perlancongan terbaik dunia. Dari sudut ekonomi, memang ia satu tindakan yang sangat baik dan cemerlang.

Cuma apa yang penulis kesalkan, adalah cara dia membangunkan pulau itu. Jika diteliti, dikaji dan dicaras kembali pembangunan di pulau tersebut, khususnya tentang hak milik tanah, penstrukturan semula demografi dan sosio ekonomi di situ, mungkin ramai yang akan mencebik bibir kepadanya.

Siapakah sebenarnya yang membangunkan Langkawi? Dari sudut kuasa, memang dialah yang berkuasa menentukan itu dan ini ketika di zaman tersebut. Dia berkuasa berikan itu dan ini kepada sesiapa saja yang dia suka.

Mungkin kerana itu maka dapat dilihat bagaimana tanah-tanah strategik di pulau itu tiba-tiba dimiliki oleh ‘tauke-tauke asing’. Desas-desus mengatakan khabarnya ada yang diberikan secara percuma dan ada pula yang ‘dijual’ dengan harga yang sangat murah, benarkah begitu?

Jika tidak benar, penulis berpandangan bahawa warga emas itu perlu membuktikan dia tidak berbuat demikian. Namun jika benar, maka dia juga wajar menjelaskan mengapa dia berbuat demikian di pulau tersebut. Ramai yang hendak tahu kebenarannya.

Selain itu, maklumat dari penduduk asal Langkawi menjelaskan bahawa mereka dulu sebenarnya tinggal dan mencari rezeki di lokasi-lokasi strategik pelancongan di pulau tersebut sebelum ‘dihalau’ melalui pelbagai cara.

Mungkin dengan kemiskinan penduduk di zaman itu, mereka dibayar dengan harga yang murah berbanding nilai prospek dan harga yang sepatutnya ditawarkan. Kurang pengetahuan dan ‘terpedaya’ dengan strategi pujuk rayu pihak tertentu telah menyebabkan ramai yang ‘kehilangan’ tanah mereka.

Namun apa yang mengejutkan penulis, desas-desus mengatakan bahawa orang-orang lama di pulau itu tidak akan lupa bagaimana dia buat ‘magik’. Benarkah bidang-bidang tanah yang dikatakan milik kerajaan tiba-tiba jadi milik ‘tauke-tauke asing’?

Jika benar, maka padanlah ramai yang kata mereka hanya ‘hirup kuah’, sedangkan ‘kroni luar’ yang menikmati kelazatan ‘isi’ pembangunan Langkawi sejak dari awal dulu hingga sekarang. Tapi, ada dia dan ‘kroni-kroninya’ kisah?

Juga terdapat desas-desus yang mengatakan kerakusan monopoli puak kroni itu pernah dihentikan selepas dia tidak lagi berkuasa. Namun setelah anaknya dilantik menjadi pembesar tertinggi negeri meskipun dalam tempoh yang singkat, monopoli itu sempat disambung semula? Benarkah?

Khabarnya, desas-desus pelbagai skandal itulah yang mengiringi cerita tentang kemungkinan besar dia bertanding di Langkawi pada ketika ini. Cuma ia tidak diperkatakan secara terbuka kerana wujud dakwaan dia kini menempatkan’mata-mata’ untuk mengkaji sikap dan sentimen orang ramai di pulau itu.

Penulis sendiri tidak tahu sejauh mana kebenarannya, namun itulah suasana politik terkini pulau itu yang diperkatakan oleh orang Langkawi kepada penulis baru-baru ini. Namun begitu, jika ianya benar, penulis menjangka kerusi Langkawi akan menjadi ‘jerangkap samar’ yang berbisa untuk warga emas itu…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana