Memang Pelik.. Parti Yang Mesyuarat Agungnya Pun Caca Merba Dapat 52 Kerusi

 Penganalisa Politik, Roslan Latiff menyifatkan pengagihan kerusi yang diumumkan Pakatan  Harapan (PH) baru-baru ini seumpama api dalam sekam yang boleh membakar diri mereka sendiri apabila pengagihan tersebut dilihat agak ‘pelik’ dan tidak berdasarkan kekuatan parti-parti yang ada di dalam PH.

Ekoran itu katanya lagi, timbul rasa tidak puas hati di kalangan ahli, penyokong malah kepimpinan parti pembangkang itu sendiri dalam isu pengagihan kerusi yang memperlihatkan parti baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendapat agihan kerus tertinggi berbanding parti-parti lain termasuk Dap.

“Dalam PH yang mana Dr Mahathir sekarang jadi ketua, pengagihan kerusi memang agak pelik sikit. Dap dalam pilihanraya lepas menang 38 termasuk Sabah, tetapi mereka hanya dapat 35 kerusi sahaja di semenanjung. Tapi ini tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

“PAN yang begitu hebat dan bertanding di semua kawasan Pas itu pun hanya diberikan 27 kerusi, sedangkan mereka sudah ada enam kerusi yang dibawa lari daripada Pas. PKR pula hanya 51 kerusi tetapi PPBM yang baru sahaja ditubuhkan dua tiga hari dan mesyuarat agung pun caca merba, dapat  52 kerusi  sedangkan PPBM hanya ada satu kerusi saja yang menjadi milik mereka iaitu di Pagoh.

“Kalau dulu, orang kata PH ni nampak walaupun tidu sekatil, mereka mimpi lain. Tapi hari ini saya rasa mereka tidak lagi tidur sekatil. Satu atas katil, satu bawah katil dan satu tepi katil. Dan saya yakin, kalau tengok keadaan dan senario politik PH hari ini, kemungkinan besar api dalam sekam yang ada dalam PH sekarang ini akan membakar diri mereka sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika bercakap sebagai panel dalam program mingguan Anda Tanya Kita Jawab anjuran UMNO Online dan Penerangan UMNO Malaysia di PWTC pada Rabu.

Sementara itu, sebagai orang lama yang terlibat dalam dunia politik, Roslan juga menegaskan bahawa beliau konsisten dalam mengkritik pentabiran Dr Mahathir sejak beliau memegang kuasa sehinggalah kini berada di pihak pembangkang.

“Masalah Datuk Seri Najib sekarang yang saya lihat ialah, UMNO yang ditinggalkan oleh Dr Mahathir sekarang kosong. Semasa Tengku Razeleigh meninggalkan UMNO dulu, ada lebih kurang RM600 juta duit UMNO. UMNO juga ada 10 syarikat yang tersenarai di bursa saham Malaysia. Contohnya macam syarikat Cold Storage, Bank Of Commerce, UMBC dan lain-lain lagi.

“Sebab itu, UMNO dulu tidak ada masalah tiap kali menghadapi pilihanraya, UMNO akan menjual saham untuk mendapat wang tunai. Selepas tahun 1988, waktu UMNO diharamkan setelah kekalahan Team B, sepatutnya duit dan harta UMNO itu kepada pemegang amanah. Tetapi semuanya disapu oleh oleh kroni-kroni Dr Mahathir seperti  Daim Zainuddin, Halim Saad dan lain-lain lagi. Kalau sekarang  Dr Mahathir sebut kleptokrasi tetapi saya nak bagi satu perkataan untuk menggambarkan segala yang berlaku di zaman beliau itu sebagai klepetkrasi.

“Sebab itu di zaman Datuk Seri Najib mengepalai UMNO, beliau terpaksa mencari pelbagai sumber dana untuk menjana gerak kerja UMNO ketika pilihanraya. Orang yang tak tahu, cakap macam-macam pasal Datuk Seri Najib dalam usahanya mencari dana politik itu. Orang tuduh dia melakukan kleptokrasi dan sebagainya, sedangkan apa yang beliau lakukan hari ini hanyalah mencuci segala kesilapan dan kotoran yang telah ditinggalkan oleh Dr Mahathir sebelum ini,” tegasnya.-MediaUMNO

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana