Mahu rampas Ayer Hitam, Kit Siang belum ‘sembuh’…

Selepas membuang tumor di buah pinggangnya Disember lalu, Penasihat DAP Lim Kit Siang kembali ke gelanggang politik mulai semalam.

Berehat hampir sebulan, nampaknya Ahli Parlimen DAP Gelang Patah ini masih belum ‘sembuh’ sepenuhnya.

Ini apabila beliau membayangkan bahawa kerusi parlimen Ayer Hitam menjadi kayu ukur bagi PH untuk merebut Putrajaya dan negeri Johor pada pilihan raya umum akan datang.

Bercakap ketika merasmikan pusat pilihan raya PH di Ayer Hitam, Ahad, Kit Siang berkata, jika mereka boleh menang di Ayer Hitam, maka mereka juga boleh menang, bukan saja di Johor, tapi di Malaysia.

Hanya orang yang tidak ‘sihat’ atau belum sembuh sahaja mempunyai bacaan politik demikian.

Di mana logiknya hanya dengan PH menang di Ayer Hitam bermakna mereka boleh menguasai Johor dan negara ini.

Untuk rekod, kerusi parlimen Ayer Hitam diwakili Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong.

Beliau  adalah pemimpin yang cukup disenangi di parlimen yang mempunyai dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan satu daripadanya diwakili DAP.

Pada PRU ke 13, Ka Siong kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengalahkan calon PAS, Hu Pang Chaw dengan majoriti 7,310 undi.

Walaupun baru-baru ini, beliau dilaporkan kurang sihat, namun kesihatannya sudah pulih selepas menerima rawatan dan bertugas seperti biasa sebagai ahli parlimen dan menteri.

Barangkali menyedari Ka Siong masih sihat dan akan terus bertanding di Ayer Hitam pada PRU ke 14, inilah menakutkan Kit Siang dan DAP.

Sebab itu, beliau mengesahkan kerusi parlimen Ayer Hitam begitu penting dan amat sukar merampasnya daripada Barisan Nasional.

Sebenarnya, DAP sudah pasti meletakkan calon parti itu bertanding di Ayer Hitam pada PRU akan datang.

Justeru itu, Kit Siang sengaja menimbulkan cerita kononnya jika PH menang di Ayer Hitam, bukan sahaja Johor malah Putrajaya juga akan jatuh kepada pembangkang.

Inilah strategi DAP bagi memancing undi dengan berharap paling kurang peningkatan sebanyak 15 peratus undi Melayu dan 10 peratus undi bukan Melayu di kawasan itu.

Taktik lain PH adalah membenarkan calon PAN bertanding di Ayer Hitam tetapi di bawah tiket DAP.

Kemungkinan besar DAP akan meletakkan calon Melayu daripada PAN bertanding di Ayer Hitam nanti kerana umum tahun kedua-dua parti memang ada hubungan amat rapat.

Sudah tentu pengundi khususnya di parlimen Ayer Hitam yang selama ini menyokong BN sedar muslihat Kit Siang ini.

Sama ada calon PAN atau DAP, pembangkang tidak harus diberikan peluang menawan Ayer Hitam. Biarlah Kit Siang terus tidak ‘sembuh’ apabila melihat BN kekal di parlimen itu kelak.

Pelajarilah apa yang berlaku pada PRU ke 13 apabila Kit Siang menang di Gelang Patah.

Nasib pengundi di situ tidak terbela kerana beliau hanya turun ke kawasan itu satu atau dua kali sahaja sebulan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana