LAPORAN POLIS TERHADAP DATUK SERI SHAFIE APDAL DIBUAT ANGGOTA RELA NEGERI PERLIS



Kangar - Seramai 153 Anggota Sukarela Jabatan Sukarelawan Malaysia Negeri Perlis yang mewakili 39, 186 Anggota RELA berdaftar diseluruh Negeri Perlis telah berhimpun secara Aman dihadapan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Perlis sejak 7.30 pagi tadi bagi menunjukan Solidariti serta membuat laporan Polis terhadap Kenyataan Berunsur Penghinaan dan Biadab Oleh Dato' Seri Mohd Shafie Apdal selaku Presiden Parti Warisan Sabah yang juga Ahli Parlimen Sampoerna.

Ketua Platun RELA Kawasan (KPRK) Encik Shauki bin Yusof selaku wakil Anggota Sukarela Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Perlis memohon agar Presiden warisan tersebut dapat menarik balik kata-kata beliau tersebut dan membuat permohonan Maaf secara terbuka kepada 3.05 Juta Ahli seluruh Malaysia. Jangan sesekali mempergunakan maruah dan harga diri anggota RELA bagi tujuan politik murahan pihak pembangkang dan jadikan ini sebagai satu iktibar semua pihak agar tidak mengguris hati anggota RELA yang sentiasa menabur bakti tanpa mengira waktu dan ketika.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana