Kenapa Anwar tak sebut nama DAP? soal Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR: Kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyebut DAP sebagai antara punca ketegangan kaum pada 1987 yang mencetuskan Ops Lalang.
 
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Umum PKR itu bahawa 106 orang aktivis dan ahli politik pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) disebabkan kenyataan berbaur perkauman pimpinan Pemuda Umno dan MCA.
 
Ibrahim ialah antara aktivis yang ditahan ketika itu mendakwa selain Pemuda Umno dan MCA, DAP turut memainkan peranan penting kerana bersuara lebih lantang sehingga menyebabkan tangkapan besar-besaran itu.
 
“Isu itu bermula bukan sahaja disebabkan (kenyataan perkauman) pimpinan Pemuda Umno (diketuai Datuk Seri Najib Razak) dengan Pemuda MCA yang ketika itu dipimpin Lee Kim Sai, tetapi sebelum itu DAP telah menyuarakan dahulu mengenai isu pendidikan (Cina) sehingga sampai ke isu ketuanan Melayu.
 
“Saya tidak tahu (kenapa) Anwar sebut setakat (pimpinan Pemuda) Umno dan MCA. Apakah mungkin beliau bersama PH dan DAP kini merupakan penyokong kuat dia?
 
“Apakah kerana itu dia tidak mampu sebut perkataan DAP, sedangkan ketika Anwar menjadi naib presiden Umno, dia seorang yang lantang dan lebih lantang daripada Najib,” katanya dipetik FMT.
 
Ibrahim berkata, Anwar tidak patut menyalahkan Pemuda MCA dan Umno sahaja kerana DAP menggembar-gemburkan isu pendidikan Cina sebelum Operasi Lalang bermula, di bawah konsep ‘Malaysian Malaysia’ yang akhirnya dikaitkan dengan sekolah Cina.
 
“Analoginya seperti DAP-MCA. MCA jadi lantang sebab DAP. Ini kerana MCA nak dapatkan sokongan orang Cina.
 
“Dia akan cakap dan ingin lebih hebat daripada DAP. MCA nak dapatkan sokongan, dia cakap lebih. Pada saya, DAP dari dulu lagi cakap soal Malaysian Malaysia,” katanya.
 
Semalam, Penasihat Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Dr Kua Kia Soong meminta Anwar tidak lari daripada tanggungjawab atas tindakannya yang menyebabkan Operasi Lalang berlaku.
 
Bekas tahanan ISA itu berkata, selain Najib, Anwar yang merupakan menteri pendidikan ketika itu juga bertanggungjawab kerana menghantar pentadbir tidak layak ke sekolah Cina yang merupakan punca berlaku protes sehingga menyebabkan 106 orang ditahan polis.
 
Kua berkata, tanggungjawab memulakan tangkapan terletak di tangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga menteri dalam negeri dan perdana menteri ketika itu.
 
Beliau mendakwa perkara yang membawa kepada penahanan itu ialah sebahagian daripada “kontroversi dirancang” mereka yang berkuasa.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana