ISU DIKTATOR: SINDIRAN TUN DR MAHATHIR SEBENARNYA DITUJUKAN KEPADA PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN

Saya tertanya-tanya kenapa Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia merangkap Pengerusi Pakatan Harapan yang dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14, boleh marah-marah dengan gelaran diktator yang diberikan kepada diri beliau sehingga menulis satu catatan panjang lebar bagi menafikannya di dalam blog beliau pada 17 Januari 2018.

Ini kerana, di dalam satu catatan lain beliau di dalam blog beliau pada 18 September 2017 Tun Dr Mahathir menulis: “Sesungguhnya saya tidak marah jika saya dipanggil penyangak, penyamun, diktator dan sebagainya. Saya tidak harap musuh politik saya memanggil saya dengan nama baik. Jika mereka membuat demikian tentulah sukar bagi mereka menentang saya. Tetapi yang saya sedih dan marah ialah apabila PAS mengkafirkan saya...”

Jika Tun Dr Mahathir sendiri sudah menulis bahawa beliau tidak marah jika beliau dipanggil diktator oleh musuh politik beliau, maka sudah tentulah tindakan terbaru beliau marah-marah dengan gelaran diktator yang diberikan kepada diri beliau ini adalah bukan kerana beliau dipanggil diktator oleh musuh politik beliau, tetapi kerana beliau dipanggil diktator oleh rakan politik beliau, khususnya oleh para pemimpin tinggi Pakatan Harapan sendiri.

Bila disemak, memang benar ramai pemimpin tinggi Pakatan Harapan sendiri yang masih memanggil Tun Dr Mahathir dengan gelaran diktator, termasuklah Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, yang berbuat demikian melalui portal berita Malaysia Kini pada 15 April 2016, malah selewat 24 September 2017 sekalipun, juga melalui portal berita Malaysia Kini, iaitu setelah Tun Dr Mahathir dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.

Begitu juga dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang pada 25 Oktober 2017 masih memanggil Tun Dr Mahathir dengan gelaran diktator melalui portal berita The Malaysian Insight dengan tindakan beliau menyifatkan penahanan beliau di bawah ISA pada tahun 1987 dahulu sebagai berpunca daripada pemerintahan diktator waktu itu dan dengan kenyataan beliau bahawa seorang diktator diperlukan untuk menggulingkan diktator lain.

Sebab itulah, pada hemat saya, sarcasm yang ditunjukkan oleh Tun Dr Mahathir di dalam tulisan beliau pada 17 Januari 2018 sebenarnya bukanlah ditujukan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi kepada rakan politik beliau di dalam Pakatan Harapan, khususnya Nurul Izzah dan Lim Guan Eng, tetapi juga beberapa orang pemimpin Pakatan Harapan lain yang terus-terusan memanggil beliau dengan gelaran diktator.

Seperti yang disebut oleh Tun Dr Mahathir, adalah lumrah untuk musuh politik beliau memanggil beliau dengan gelaran yang tidak baik seperti gelaran diktator. Bagaimanapun, tentulah amat berbeza dan amat melukakan hati bila gelaran yang tidak baik baik seperti gelaran diktator ini bukan sahaja digunakan oleh musuh politik beliau untuk memanggil beliau tetapi turut digunakan sama oleh rakan politik beliau di dalam Pakatan Harapan.

Sila ambil perhatian, para pemimpin Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana