GUNA MEDIA SOSIAL SEBAR BENCI: DR MAHATHIR HARUS DIAMPIL TINDAKAN

Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah orang pertama perlu diambil tindakan kerana sering menggunakan media sosial sebagai medium penyebaran kebencian (hate speech).

Setiausaha Kluster Po­litik, Ke­se­la­matan dan Hal Ehwal An­tarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Datuk Abdul Halim Sidek berkata, jika penguatkuasaan dilakukan sewajarnya, Dr. Mahathir adalah orang pertama yang perlu ditahan kerana mahu menjatuhkan Perdana Menteri, hasutan dan menyebarkan kebencian terhadap kerajaan secara terang-terangan di laman sosial setiap hari.

Menurutnya, undang-undang se­dia ada sudah mencukupi dan memadai, namun apa yang kurang adalah dari segi penguatkuasaan oleh pihak bertanggungjawab.

“Ada dalam kala­ngan rakyat yang me­lakukan perkara sama telah diambil tindakan, namun apabila dilakukan oleh kebanyakan ketua pembangkang, dibiarkan sahaja.

“Sikap memilih bulu seper­ti ini perlu dihentikan kerana perkara sebegini bukan soal politik tetapi mengenai keselamatan dan pelaksanaan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada undang-undang sedia ada perlu diperketatkan bagi mengekang penyebaran pelbagai berita bohong, berita palsu dan penyebaran kebencian melalui aplikasi sosial.

Abdul Halim yang juga pensyarah undang-undang Universiti Kuala Lumpur berkata, Malaysia perlu mencontohi negara lain dalam proses penguatkuasaan seperti Singapura yang benar-benar tegas dalam menguatkuasakan undang-undang berkenaan penyebaran berita palsu dan sebagainya.

Jelasnya, berita palsu juga me­rupakan salah satu fitnah yang bukan sahaja boleh merosakkan pemikiran rakyat malah memberi ancaman kepada penyebaran maklumat yang benar untuk diterima oleh masyarakat.

“Penguatkuasaan perlu tegas dan pantas tanpa mengira siapa atau kepentingan kerana perkara itu kelak akan memberi satu tanggapan serong dalam kalangan masyarakat yang mula merasakan pihak berkuasa memilih bulu atau takut untuk bertindak,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana