CABARAN GETIR BUAT DR MAHATHIR

Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP, Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal menerima cabaran getir untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh jika pakatan pembangkang itu menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ber­kata, untuk merealisasikan impian itu, Pakatan Harapan yang diketu­ai DAP itu bukan sahaja mesti memenangi PRU-14 tetapi parti Dr. Mahathir iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu memenangi kerusi terbanyak.

“Mereka (Pakatan Harapan) mungkin bersetuju supaya beliau (Dr. Mahathir) menjadi Perdana Menteri Malaysia seterusnya, tetapi mereka mempunyai em­­pat parti dalam pakatan pembangkang.

“Jika parti Dr. Mahathir mem­peroleh ke­ru­si terbanyak, mereka (PPBM) ber­peluang me­namakan­ pemimpin sen­diri (Dr. Mahathir), tetapi bagaimana jika mereka hanya menang dua kerusi atau empat kerusi? Tidak mungkin mereka akan mendapat sokongan itu,” katanya.

Beliau berkata demi­kian dalam sidang akhbar selepas me­nyam­pai­kan ucaptama dan me­rasmikan Forum Awam G25 2018 Program Pembaharuan Untuk Malaysia Yang Progresif di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Raza­leigh mem­­beritahu, Parli­men dan Dewan Rakyat juga mengambil kira kemenangan kerusi oleh parti sebelum menetapkan siapa yang diyakini untuk menerajui kerajaan.

“Saya tak tahu kerana saya bukan ahli parti itu (Pakatan Harapan) tetapi perkiraan ini yang harus kita lihat sebelum membuat pilihan dalam Parlimen atau Dewan Rakyat, sebelum menetapkan siapa yang diyakini untuk menerajui kerajaan,” ujarnya.

Tambah Tengku Razaleigh, kuasa Yang di-Pertuan Agong ju­ga penting kerana Tuanku yang akan memilih wakil rakyat untuk jawatan Perdana Menteri.

Jelasnya, walaupun Yang di-Pertuan Agong akan dinasihati siapa yang men­dapat sokongan majoriti, tetapi Tuanku juga akan menggunakan pertimbangan sen­diri sebelum membuat keputusan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana