BAWAH NAJIB HUTANG SELESAI, TANAH TAK TERGADAI. BAWAH MAHATHIR, DUIT LESAP, SYARIKAT LENYAP

PENYOKONG Pakatan menjadi bodoh sekali lagi bila Felda berjaya menyelesaikan isu pemilikan 20 lot tanah Jalan Semarak yang ditukar milik tanpa pengetahuan agensi tersebut semalam.  Gagal semua propaganda Pakatan konon tanah Felda tergadai, kena bayar RM 2 billion dan sebagainya.

Selesainya masalah ini juga menunjukkan bahawa semua makmur di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.  Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan terutama majoriti masalah yang disebabkan polisi mengutamakan kroni yang diamalkan pentadbiran Mahathir dulu.

GST ganti SST, tol banyak dah hapus, monopoli tenaga elektrik dah lebur, MAS dah pulih, rizab negara dah meningkat tidak lagi lesap, penstrukturan subsidi, BR1M dan sebagainya.

Kalau zaman Mahathir dulu syarikat-syarikat besar macam Perwaja, Binariang, Naluri Bhd, Renong semuanya kini dah jadi sejarah. Zaman Najib ini syarikat macam 1MDB, berjaya menyelesaikan banyak hutangnya dalam jangka masa pendek tanpa menyentuh sesen pun duit rakyat. Malah Proton yang tak pernah untung atas usaha sendiri sejak ditubuhkan itupun, kini berada di landasan yang betul untuk pertama kalinya mencatatkan untung atas kaki sendiri buat pertama kali.

Itu yang bernafsu betul Mahathir nak menjadi Perdana Menteri semula sebab negara ini semakin kaya dibawah Najib.  Rizab melebihi RM 400 billion sekarang, zaman Mahathir dulu hanya mimpi dan khayalan, gamaknya itu yang tak sabar untuk Mahathir habiskan.

Kalau negara ni nak bankrap, ekonomi tenat, ingat berebut orang nak jadi Perdana Menteri ke walaupun umur dah 93 tahun?  Pakai otaklah sikit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana